Credit to blog yg post ni (ampun..bena2 lupa blog mana)
Hari
1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar.
Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana
fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar
dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya
anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda
beberapa hari di dalam sebulan.
Hari
5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika
fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari
14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan
terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis
hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak
disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia
akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari
sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya
(corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah
progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding
ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami
kitaran semula pada hari 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan