Selasa, 12 Februari 2013

Cara Diet Popular Yang Sering Menjadi Ikutan





Menahan selera makan atau mengawal kuantiti makanan adalah antara perkara paling rutin yang orang lakukan untuk memulakan diet. Tetapi tahukah anda yang berdiet sebenarnya ada pelbagai jenis dan kategori. 
  1. Menyukat Kalori ~ melibatkan pengambilan makanan rendah kalori dan mengutamakan makanan yang sihat & semulajadi.
  2. The Great Skin Diet ~ wanita sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menjaga kulit. Namun tidak ramai yang tahu kulit sebenarnya adalah cermin kepada kesihatan tubuh dalaman anda.
  3. The Model Detox Diet ~ diet jenis ini bertindak mencuci toksin dan menyimpan tenaga dan kekuatan tubuh.
  4. The Acai Berry Diet ~ diet yang melibatkan buah-buah beri ini dianggap sebagai 'superfood' yang membantu anda hidup dengan penuh tenaga dan keseimbangan.
  5. The Apple Cider Vinegar Diet ~ diet yang melibatkan khasiat cuka epal ini sudah lama digunakan sebagai perawat kesihatan semulajadi. Namun akhir-akhir ini kajian ini berjaya membuktikan ia boleh menjadi suplemen untuk menurunkan berat badan.
  6. Atkins Diet ~ digunakan secara meluas dalam bidang fesyen dan hiburan.
  7. Mencuci & Berpuasa ~ mencuci atau detoksifikasi adalah teknik yang sering digunakan oleh model-model peragaan dalam kerjaya mereka. ia bukan sahaja membantu menurunkan berat badan dengan mudah bahkan juga menjadikan anda semakin berseri-seri dengan teknik ini. Ia juga membantu membersihkan kompleksi dan juga memberikan rambut yang kuat dan sihat.
  8. The Blood Type Diet ~ diet jenis ini menetapkan setiap kumpulan darah mempunyai kecenderungan untuk mengidap sesuatu jenis penyakit. Oleh itu,ada jenis diet yang mengikut kategori darah. Orang yang ingin mengamalkannya perlu makan kumpulan makanan yang telah dikategorikan sebagai sesuai pada jenis darah mereka sahaja.
  9. The Grapefruit Diet ~ diet ini sudah diwarisi sehingga generasi ketiga dan keempat. Sangat popular di kalangan selebriti Hollywood.
  10. The Green Tea Diet ~ diet jenis ini mengurangkan jumlah pengambilan kalori dan meningkatkan penggunaan tenaga tubuh.
  11. The Low Fat Diet ~ diet ini menerangkan yang lemak bukan sahaja mengandungi gandaan kalori untuk karbohidrat dan protein bahkan ia juga memberikan risiko kepada sistem kardiovaskular.
  12. The Mediterranean Diet ~ diet ini menawarkan makanan yang sempurna, kaya dengan antioksidan demi membantu anda kelihatan muda dan bertenaga.
  13. The South Beach Diet ~ diet ini tidak menghalang anda mengambil karbohidrat sebaliknya menerangkan tentang perbezaan antara karbo baik dan tidak baik begitu juga dengan lemak baik dan lemak tidak baik.
  14. Weight Watchers Diet Plan ~ direka pada tahun 1960-an dan menjadi antara kaedah diet paling popular di dunia.

SUMBER: Majalah Rapi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan