Ahad, 24 Mac 2013

4 PRINSIP DIET YANG SALAH!

Berikut 4 kesalahan yang biasa dilakukan saat melakukan program diet. Kesalahan inilah yang menyebabkan program diet anda tidak berkesan.

PRINSIP PERTAMA ~ Jangan Terpedaya Dengan "Makanan Bebas Lemak"!
Label "bebas lemak" sering menjadi pilihan terutamanya bagi mereka yang tengah berdiet. Label ini sering ditemui dalam pelbagai jenis kuih, makanan ringan seperti keropok, coklat dan juga ais krim sehingga kita merasakan berat tubuh tidak akan bertambah kerana kurangnya lemak dalam makanan tersebut. Sebenarnya makanan bebas lemak tidak bererti makanan itu mengandungi kalori rendah."



PRINSIP KEDUA ~ Salad Sebagai Menu Utama

Salad seringkali menjadi makanan pilihan bagi mereka yang tengah berdiet. Namun begitu tahukah anda bahawa salad mengandungi kalori yang tinggi seperti hamburger apa lagi bila sayuran itu ditutupi dengan keju, roti kering dan kuah berlemak tinggi."



PRINSIP KETIGA ~ Memilih Jus Berbanding Buah Segar

Tahukah anda bahawa mengambil buah-buahan segar jauh lebih baik daripada perahan jusnya. Kandungan fiber dan serat dalam buah-buahan segar adalah jauh lebih baik sebagai komponen penting dalam diet."




PRINSIP KEEMPAT ~ Menghadkan Pengambilan Kalori

Tubuh manusia memerlukan anggaran 1200 kalori setiap hari untuk berfungsi dengan baik. Ketika anda menghadkan pengambilan kalori misalnya hanya makan 600 sampai 800 kalori per hari, ini akan memperlambatkan metabolisma tubuh dan boleh mengakibatkan masalah yang berkaitan kesihatan."








Tiada ulasan:

Catat Ulasan