Sabtu, 6 April 2013

KURANG TIDUR seiring usia



Ramai di antara kita percaya bahawa semakin meningkat umur, tidak memerlukan jumlah jam tidur yang lama. Menurut International Longevity Center, America Syarikat, kekurangan tidur yang dialami oleh sepertiga golongan lanjut usia, bukanlah merupakan perkara yang normal dalam proses penuaan. Dilaporkan bahawa kekurangan tidur di usia tua boleh disebabkan pelbagai faktor termasuklah perubahan fizikal akibat penuaan, pengalaman hidup traumatis, berkurangnya aktiviti fizikal dan kurang terdedah kepada cahaya matahari. Kekurangan tidur boleh menyebabkan gangguan memori,depresi,risiko terjatuh dan perubahan dalam sistem saraf yang boleh mempengaruhi kesihatan kardiovaskular. Antara gangguan tidur yang sering dialami ialah sleep apnea dan insomnia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan