Rabu, 18 Disember 2013

Day 11 ~ A quote that means a lot to you



Saya paling suka kata-kata di atas. Sebab dulu saya memang jenis yang mudah sentap. Alhamdulilah setelah kenal ramai insan hebat dalam Shaklee,  barulah sedar yang attitude mudah sentap itu tidak ada baiknya kepada saya.

Kata-kata di atas memang betul. Kenapa kita nak membiarkan jiwa kita merana kerana seorang makhluk yang tiada bezanya dengan kita
 Hanya insan biasa. 

Sepatutnya kita mudah sentap dengan Allah. Pelbagai peringatan, perintah dan larangan Allah bagi, namun kita boleh berlagak selamba. Sikit pun tak sentap. Sedangkan Allah Maha Besar pencipta yang berkuasa mutlak ke atas kita.

Jadi ceriakan diri anda. Jangan down atau kecewa disebabkan oleh orang lain. Anggaplah mereka tiada mampu memberi kesan negatif kepada kita. Kita yang mengawal hati dan otak kita. Fikirkan yanv baik-baik sahaja agar hasilnya pun hanya yang baik-baik sahaja.

Have a nice day!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan