Apa yang saya rindu? Mestilah saya sangat rindukan zaman kanak-kanak saya yang sangat best. Walau pun tak lepas bebas sangat nak bermain dengan kawan-kawan, masih ada moments yang indah yang selalu saya kenang.
Berbasikal dengan kawan-kawan, main kejar-kejar dan pelbagai permainan lain membuatkan saya selalu rasa tak sabar menunggu siang..hehe..
Selain suka bermain, saya juga suka membaca. Buku kegemaran saya adalah Edisi Tujuh Penyiasat. Pengalaman mereka yang sangat adventurous begitu memikat hati saya. Saya juga selalu berangan-angan menjadi salah seorang daripada mereka.
Saya amat rindukan zaman kanak-kanak di mana saya selalu bersama dengan bapak, emak dan ahli keluarga yang lain. Kami hidup dalam kesederhanaan namun saya amat bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan