Sabtu, 28 Disember 2013

day 21~

Saya ni kalau nak ditanya tentang cita-cita masa kecil, jujur saya katakan saya tak ingat. Mungkin sebab saya selalu sangat bertukar-tukar cita-cita. Sekejap nak jadi guru, doktor dan macam-macam lagi.

Semasa remaja saya nak jadi pramugari. Gitu...hehe..sebab saya suka sangat travelling tengok tempat orang. Sedangkan hakikatnya saya gayat orangnya. 

Sekarang saya nak jadi surirumah yang berkerja dari rumah dengan pendapatan 6 angka. Saya nak melihat anak saya membesar di depan mata saya.

Semoga cita - cita saya akan tercapai. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan