SOY PROTEIN ISOLATED VS SOY PROTEIN CONCENTRATE
* credited to MOMMY LYNA
Apakah beza antara 3 jenis soy protein ini?
Soy protein concentrate adalah protein soya
yang diasingkan dari bahan larut air dan lemak dari serbuk kacang soya.
Kandungan protein dalam soy protein concentrate dalam 65% dan ia masih ada rasa
soya kerana karbohidrat di dalamnya masih ada.
Soy protein isolate pula adalah soy protein
concentrate yang diasingkan karbohidrat daripadanya, menjadikan ia adalah
protin soya paling ‘pure’ dengan kandungan protein lebih kurang 90%.
Textured soy protein pula bila tepung
protein soya yang melalui proses extrusion yang mana menjadikan teksturnya
menjadi padat dan kasar.
Perbezaan proses yang dijalankan ke atas
soya-soya ini memberi seribu perbezaan terhadap kesan-kesan langsung dan kesan
sampingannya.
Malah, soy protein isolate juga dihasilkan
dengan proses berbeza yang turut memberi kesan kepada khasiat dan kandungan
phytonutrien dalam soya tersebut.
Antara proses-proses yang mengurangkan khasiat
malah memberi kesan buruk terhadap soy protein isolate ialah:
§ Diproses dengan suhu tinggi
§ Pengasingan dibuat dengan menggunakan
alkohol
§ Penggunaan bahan kimia
Oleh itu, kita harus bijak memilih protein
soya terbaik untuk diambil sebagai tambahan kepada diet.
Pastikan produk soya
pilihan anda selamat dari soya-soya yang boleh meningkatkan risiko kanser!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan