Khamis, 23 Oktober 2014

Khasiat anggur kepada lelaki

Pengambilan buah-buahan dalam rutin makanan seharian sangat digalakkan.  Baik lelaki atau wanita,  khasiat buah-buahan sangat membantu bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat.



Ramai yang mengetahui buah-buahan mempunyai khasiatnya tersendiri termasuklah anggur. Anggur yang diambil dengan kuantiti mencukupi mampu mengurangkan risiko penyakit lelaki. Jom semak kelebihan anggur kepada lelaki.

Serangan jantung

Anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ia mengurangkan pembentukan gumpalan dalam darah. Keadaan itu akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.

Kolesterol

Anggur juga mempunyai bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Sembelit

Anggur mengandungi bahan asid organik, gul dan cellulose.  Bahan-bahan ini membantu masalah penghadaman yang berlaku kepada pesakit.

Buah pinggang

Anggur mengurangkan tahap keasidan asid urik di dalam tubuh. Ia membantu menyingkirkan asid daripada sistem tubuh.  Ini akan mengurangkan tekanan ke atas ginjal.

Kanser payudara

Meski kanser payudara kerap menyerang wanita, namun golongan lelaki turut tidak terkecuali. Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah diberi makan anggur,  didapati buah ini mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

Alzheimer

Penyakit yang sering dialami lelaki berusia ini boleh dikurangkan dengan pengambilan anggur. Resveratrol,  sejenis polyphenol didapati menurunkan beta amyloid pada pesakit Alzheimer.  Anggur juga baik untuk kesihatan otak manusia.

Kanser

Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser.  Anthocyanin dan proanthocyanidins yang ada di dalam anggur bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.

Anda memerlukan vitamin Shaklee anda?

Hubungi saya sekarang ♥

Pengedar Sah Shaklee anda
Mazuin Ahmad 0105922567 
ID 892182

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

COD area Sri Aman, Sarawak

Penghantaran secara poslaju / bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan