Ready stock sampai 12.2.2015 |
Terkini adalah kenangan yang melucukan dan memalukan diri saya semasa nak COD Shaklee untuk new customer yang sebelum ini cuma bertemu dalam page Momma Mieya's.
Jadi, hari tu kami berjanjilah nak bertemu di Stesen minyak Petronas memandangkan ia tempat paling senang nak jumpa dan dekat je dengan rumah saya. Saya terlupa nak tanya customer saya tu naik kereta apa. Dengan penuh yakin saya pergi ke sebuah kereta yang tengah parking dan melihat ke dalam kereta tersebut. Dalam kereta tu ada seorang lelaki dan wanita saya andaikan sepasang suami isteri. Dengan yakinnya lagi saya bertanya, puan tunggu saya kan? Dengan muka blur kedua-dua mereka menggeleng kepala. Sorry! Ucap saya sambik balik ke kereta.
Suami saya dah suruh mesej customer saya tu tanya dia naik kereta apa. Tapi saya buat derk je. Padan muka saya. Dalam kalut nak contact customer saya tu balik, telefon saya berbunyi. Customer saya tu rupanya tengah mengisi minyak.
Lepas tu kami pun berurusniaga. Hehehe..walaupun masih berasa amat malu, tapi tak apalah. Orang tu bukannya kenal saya pun. Lainlah kalau saya retis.
Itulah seronoknya bisnes Shaklee saya ini. Setiap hari ada saja cerita yang menceriakan hidup saya. Tak kisah lah cerita apa pun. Sebab bagi saya semua itu dari Allah. Yang penting saya terima semuanya dengan hati dan minda yang positif.
Nak dapatkan vitamin Shaklee anda?
Hubungi saya sekarang.
Puan Mazuin Ahmad
010.592.2567
Tiada ulasan:
Catat Ulasan