Kami bertig♥ |
Alhamdulilah anak pertama saya, Mieya Izzara memang takda jaundis. Diuji apabila Rayyan Bazil pulak ada jaundis pada hari ketiga usianya. Siap masuk wad lagi tu sebab berat Rayyan cuma 2.62kg semasa lahir. Kalau jaundis lebih dari 10 memang dikira tahap yang perlu dipantau (menurut nurse dan doktor yang merawat Rayyan).
Apabila jaundis, maka macam-macamlah petua orang sekeliling bagi kat saya. Saya dengar je. Yang melibatkan perlu bagi makan atau minum kat Rayyan memang saya tolak mentah-mentah sebab dia kecik lagi. Perut Rayyan tu Allah dah design hanya untuk susu ibu sahaja. Air kosong, susu kambing, buah anggur dan lain-lain tu bagi emaknya je telan. Tapi saya tak makan pun. Saya dengan semangat terus breastfeeding Rayyan sekerap yang mungkin. Untuk memastikan saya sentiasa bertenaga dan positif, saya ambik set berpantang Shaklee.
Kalau tanya saya kenapa saya tak ikut petua mak nenek tu, jawapan saya satu. Saya sayang anak saya dan Allah jadikan susu ibu itu ada tujuannya dan itu adalah hak anak kita. Susu ibu penawar bagi bayi dan bukannya susu kambing!
Kredit untuk Kaunselor Laktasi ini.
Saya menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu. Nak tahu bagaimana saya dapat menyusukan Mieya Izzara sehingga sekarang? (umur 29 bulan)
Hubungi saya untuk produk Shaklee anda.
Puan Mazuin Ahmad
010.592.2567
Tiada ulasan:
Catat Ulasan