Jumaat, 7 April 2017
MERANA KERACUNAN MERKURI HINGGA HAMPIR MERAGUT NYAWA
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 14: AIN KADEL
Kisah saya bermula pada penghujung tahun 2014. Waktu itu saya masih dalam peringkat awal pemulihan dari keracunan merkuri akibat salah memilih produk kosmetik dan supplemen.
.
Waktu itu (Oct 2014), walaupun internal organ (hati dan buah pinggang) saya survive dengan asbab ubatan hospital. Tetapi, tubuh badan saya sangat sakit dan kekeringan nutrisi yang teruk. Yang dapat di lihat dari luaran ialah kerosakan kulit, kuku dan rambut saya.
.
Kulit saya sangat kering, bersisik dan juga mempunyai 'chicken skin'. Eczema naik di setiap pelipat tubuh. Gatalnya, hanya Allah atau siapa yang pernah kena sahaja yang tahu. Kuku di jari kiri dan kanan pula terbelah dua dan patah-patah. Kuku kering sangat dan kusam warnanya. Tidak sihat langsung. *Tubuh badan sentiasa di dalam kesakitan.*
.
Rambut saya pula sangat kering. Umpama rumput yang sedang mati setelah di sembur racun rumput. Warna rambut menjadi perang yang tidak sihat. Pegang dengan jari pun, boleh luruh sendiri dan patah-patah. Bayangkanlah betapa merananya saya.
.
Itu belum masuk lagi penderitaan lain yang saya hadapi. Antaranya....
- Bacaan kencing manis saya sentiasa tinggi. *Bacaan tertinggi saya selepas makan ialah 35pt dan bacaan terendah saya waktu pagi ialah 14pt.*
- Gastrik dan pedih ulu hati yang kronik.
- Hampir mengalami stroke di sebelah kiri badan (menurut doktor).
- Cakap yang tergagap-gagap dek kerana nerve system yang terganggu.
.
Ya. Kondisi badan saya waktu itu sama seperti orang yang menjalani kemoterapi malah lebih teruk lagi.
.
Jadi pada waktu itu saya bertanya kawan-kawan saya, supplemen apa yang boleh di percayai selamat, semulajadi dan mohon ada orang yang boleh membantu saya makan supplemen dengan cara yang betul. Saya tak mahu orang hanya menjual tanpa menerangkan pada saya khasiat sesuatu supplement itu.
.
Alhamdulillah. Doa saya dimakbulkan oleh Allah. Seorang kawan saya menerangkan product Shaklee kepada saya. Selepas itu saya pun cari juga sendiri info berkenaan Landmark Study Shaklee untuk memuaskan hati sendiri.
.
Setelah yakin, maka saya pun belilah Vitamin C dan juga Vitamin E sebagai permulaan penjagaan kulit dan kesihatan saya.
.
Ini adalah budget yang termurah selain dari target pertama saya iaitu Vivix. Masa ni, belum mampu nak beli Vivix walau hebat sangat testimoni Vivix yang saya baca. Waktu ini budget saya ketat kerana bill-bill hospital yang perlu ditanggung. Sedih.
.
Selepas habis 2 botol Vitamin C dan E, saya dapat lihat kulit saya yang semakin sihat. Kuku saya yang semakin pulih dan tidak patah. Rambut saya juga nampak perubahan semakin kuat, kembali hitam dan bersinar.
.
Oleh kerana bertambah yakin dengan result yang ada pada diri sendiri. Maka, saya terus mohon menjadi ahli Shaklee kerana nak jimat dari beli harga runcit. Saya terus makan Vit C dan E dari tahun 2014 hinggalah tahun 2015. Walaupun tak berapa berdisiplin.
.
Setelah saya di sahkan mengandung, sakit saya datang kembali dek kerana hormon badan yang tidak menentu. Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati apabila 2 senior doktor yang pakar di bidang O&G beritahu saya bahawa risiko kehilangan nyawa kami (bayi dan saya) adalah sangat tinggi. Dan kecacatan organ dalaman bayi yg dilahirkan mungkin terjadi. Risau sangat saya.
.
Tapi Alhamdulillah. KuasaNya tiada siapa yang dapat mempertikaikan. Walaupun memang nyaris kehilangan nyawa pada waktu itu. Namun kami berdua selamat. Dan baby Zariff lahir sempurna walaupun lahirnya pramatang di minggu yang ke-32 pada penghujung March 2016.
.
Niat untuk mencuba Vivix masih belum dilupakan. Beberapa bulan setelah saya habis berpantang, pada bulan Ogos 2016, saya cuba pula ambil Vivix.
.
Dan sehingga hari ini, saya masih tidak berhenti jatuh cinta pada kesan Vivix dan vitamin shaklee terhadap kesihatan saya. Saya rasa seperti diberi peluang kedua selepas melalui detik detik sukar dan hampir meragut nyawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan