Khamis, 25 Mei 2017

7 SEBAB INCENTIVE TRIP SHAKLEE BEST GILA ( SEBAB #1)



 


Baru-baru ni, banyak ahli iReach yang baru balik dari jepun. Mereka ke sana atas tiket Shaklee yang mereka dah skor sepanjang cycle lepas; #iReachJapan.
Kalau tengok, macam best je mereka ni kan? Enjoy sakan semacam. Sampai naik cemburu kita yang di Malaysia ni jadinya.
Ditambah pula dengan sentiasa LIVE FB. Betul-betul feel macam dah kat sana.
Cuma, tak boleh nak suap masuk mulut je salji tu. ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­
Sempena mereka pun baru balik daripada trip Shaklee ni, suka admin nak kongsikan apa yang buat trip mereka ini cukup best. Atau, best sangat-sangat!

#1 Betul-Betul Travel, Bukan Cop Passport Saja

Masa borak-borak, ada seorang kawan ni cerita. Dia buat MLM ABC (bukan nama sebenar). Dan dia baru balik daripada incentive trip MLM dia di London waktu tu. Katanya, dia ke sana 4-hari.

Bila dengar dia sebut 4-hari, admin terus tanya “apa je yg ko sempat buat 4-hari pergi London?”.

Ceritanya lebih kurang begini:

(1) Hari pertama bertolak dengan Malaysia Airlines (MAS). Naik pesawat jam 11.15pm dan tiba di London jam 5.55am keesokan harinya (hari kedua).

(2) Hari kedua, setibanya mereka di kota London, terus jalan-jalan Free & Easy. Sama ada masuk museum yg percuma ataupun shopping (banyak yg pilih untuk shopping di Oxford Street). Malam, check in hotel.

(3) Hari ketiga, masih Free & Easy lagi. Lepas check out hotel, kebanyakannya sambung shopping sekitar Oxford Street. Malam tu, pulang ke tanah air. Guna pesawat MAS & bertolak jam 11.35pm.

(4) Hari keempat, tiba di KLIA jam 5.50pm.

Daripada 4-hari semuanya, 2-hari tu cuma perjalanan pergi balik saja. Datang jauh-jauh pun, cuma menginap satu malam saja? Lenguh badan duduk dalam kapal terbang tak hilang lagi, dah kena balik dengan 13-jam perjalanan lagi.

Adui, betul-betul sekadar nak cop passport saja nampaknya. Rasa nak je cakap "trip kau ni melawat London ke transit je kat sana?". Sebab, semasa transit di Dubai on the way pulang dari Orlando tahun lepas pun, Shaklee bawa jalan-jalan lunch sebelum melawat Burj Khalifa & Dubai Mall.

Mungkin sekadar boleh cerita ke prospek “Syarikat ABC dah belanja aku sampai ke London tahu!”.

International Trip Shaklee yang admin tahu, sekurang-kurangnya seminggu. Kalau jauh (macam Amerika atau Eropah), hampir 10 hari mereka di sana. Baru lah sempat hilang lenguh-lenguh badan, sebelum pulang.

Apa yang mereka buat sepanjang 7-10 hari di sana? Baca cerita seterusnya...

#ShakleeRewards



Tiada ulasan:

Catat Ulasan