Memaparkan catatan dengan label MENJADI AHLI SHAKLEE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MENJADI AHLI SHAKLEE. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Ogos 2015

Tak nak jadi ahli sebab tak minat berniaga?

Untuk anda yang belum menjadi ahli Shaklee kerana takut terpaksa berniaga, saya kongsikan kelebihan-kelebihan menjadi ahli Shaklee. Pasti anda akan berubah fikiran dan cepat-cepat menghubungi saya untuk mendaftar sebagai ahli.

Kelebihan menjadi ahli Shaklee:

1) Mendapat kesihatan yang lebih baik

2) Penjimatan yang berbaloi dengan harga ahli

3) FREE Sebotol vitamin Vitalea Iron yang bernilai RM94.00 (120 Biji)

4) Konsultasi berterusan dan terbaik daripada saya :)

Sekiranya suatu hari nanti anda berminat nak tambah side income, saya sudi membantu anda. Nak tambah sedikit atau banyak, semuanya terpulang pada anda. Anda buat, anda dapat :)



Shaklee Independent  Distributor yang gojes 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567

Sabtu, 2 Mei 2015

Makin hari makin best!

Sejak join Shaklee November  2012 dan serius berbisnes secara part time, Shaklee  tak pernah mengecewakan saya.

Dengan bonusnya yang sentiasa diberi tepat pada masanya ( selalunya sehari atau 2 hari lebih awal), Shaklee juga sentiasa  menawarkan pelbagai tawaran hebat pada setiap bulan. Terpulang kepada kita sebagai pengedar untuk berusaha mencapainya.

Saya amat bersyukur kerana dikurniakan kumpulan bisnes Shaklee yang hebat berorientasikan hubungan sebagai satu keluarga dan bukannya saingan. Kami sentiasa  membantu antara satu sama lain kerana kami percaya rezeki itu Allah yang tentukan. Kita usaha, kitalah yang dapat.

Saya juga bersyukur dikurnikan mentor yang hebat-hebat belaka. Memberi dorongan tak kira masa. Berjaya biarlah bersama-sama.



Ingin sertai kami? Hubungi saya ya...

Mazuin Ahmad Kiprawi 
 ID 892182
0105922567  
IG vitamin_sihatcantik
Facebook  Mazuin Ahmad

Isnin, 23 Disember 2013

The best things to happen to me this week

Tajuk tugasan hari ini adalah


Sesungguhnya saya amat berharap agar semua perkara best yang saya harapkan berlaku akan jadi kenyataan.

Minggu ini, Sabtu ini sebenar nya..pada 28.12.2013 mentor saya dalam Shaklee akan mengunjungi kami di Sri Aman demi untuk berkongsi pengalaman dan tips kejayaan beliau. Beliau yang saya maksudkan adalah Master Azrin Mohd. Orang pertama memperkenalkan Shaklee kepada saya.

Business Opportunity Meeting ~ Kuching
4.10.2013
Hotel Grand Continental Kuching
Bukan itu sahaja, beliau juga orang pertama membimbing saya untuk berbisnes dan menjana pendapatan dari rumah bersama Shaklee. Mentor yang amat sabar dan baik hati. Semoga dengan kehadiran beliau akan dapat menjadikan pelbagai keajaiban yang saya harapkan menjadi kenyataan. 

Nak sertai kami? Hubungi saya sekarang! 

Puan Mazuin Ahmad
Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms / Whatsapp ~ 010 5922567


Isnin, 4 November 2013

Ulangtahun Pertama Menjadi Ahli Shaklee

Sempena bulan ulang tahun pertama saya menjadi ahli Shaklee, saya ingin mengimbau kembali perjalanan satu tahun yang penuh warna - warni sejak saya menjadi ahli keluarga Shaklee.

Didaftarkan keahlian Shaklee oleh Upline saya Puan Azrin Mohd pada 22 November 2012. Dua bulan selepas saya habis berpantang melahirkan cinta hati kami, Mieya Izzara binti Razis (23.09.2012).




Alhamdulilah saya bersyukur dipertemukan dan 'dijodohkan' dengan group OSF ~ Our Shaklee Family yang seperti sebuah keluarga dan dipimpin oleh Puan Azrin Mohd. Kami sentiasa  bersama dalam suka dan duka. Tiada istilah dengki dan iri hati, semuanya kami tukarkan menjadi cas positif untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik.

Walau pun kami hanya kenal di alam maya, namun silaturrahim antara kami tetap terjalin tanpa batasnya. Berbual di Facebook, Whatsapp dan We Chat, bertanya khabar, coaching dan bergurau mesra seolah-olah sebuah keluarga yang besar. Saling memotivasi, menghargai pencapaian satu sama lain. Kerana dalam Shaklee siapa yang rajin dialah yang akan maju. Hati kena kuat, kerana seperti mana-mana perniagaan yang lain, pasti ada pasang dan surutnya. Jangan rebah, tapi teruskan melangkah. Sabar itu indah, buahnya amatnya manis. Allah tidak menguji kita di luar kemampuan kita.

Terlalu banyak yang positif dalam hidup saya setelah menyertai Shaklee. Selain keadaan ekonomi keluarga yang semakin baik, kesihatan saya semakin menggembirakan, saya juga mengenal Allah dan akhirat dengan lebih baik dan rapat.

Anda ingin menyertai kami? Kecil screen ini,seantero dunia saya tadahkan. Jangan ragu-ragu lagi. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Bersama kita menjalani dunia untuk saham kita di dunia yang abadi.

Klik Jadi Ahli Shaklee untuk maklumat lanjut ye.

pm saya di fanpage Momma Mieya's

atau boleh add friend saya Mazuin Ahmad

Ahlan Wa Sahlan