Jumaat, 16 Januari 2015

Kisah bersalin Part 1

Belum terlewat rasanya nak kongsi pengalaman bersalin anak kedua saya, Rayyan Bazil bin Razis pada 19 Disember 2014 yang lalu.

Alhamdulilah.  Sepanjang mengandungkan Rayyan,  saya diberikan kesihatan yang baik dan badan yang agak cergas berbanding ketika mengandung Mieya Izzara dulu. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang dan rezeki olehNya untuk merasakan sendiri pengalaman berbeza mengandung kan anak-anak saya.

Pada 18 Disember 2014,  saya memang dah dinasihatkan dan dipesan oleh doktor untuk terus pergi ke wad bersalin walaupun belum ada tanda - tanda nak melahirkan. Hal ini kerana pada minggu ke 18 mengandung, paras gula saya agak tinggi dan saya pun dimasukkan ke dalam kumpulan ibu hamil yang berdarah manis :) 

Saya telah dirujuk kepada dietician dan mendapat bimbingan khas untuk menangani masalah paras gula saya itu. Selepas itu, paras gula saya sentiasa berada dalam paras normal dan terkawal. 

Lepas menyerah diri di wad bersalin,  saya pergi seorang je sebab hubby ada urusan dan barang-barang keperluan untuk masuk wad saya tinggalkan je dalam kereta. Selesai je tukar pakaian seragam warna pink, saya telefon hubby untuk hantar barang-barang saya tu. Dalam hati dah risau teringat kan Mieya Izzara. Sejak lahir hinggalah usianya 26 bulan, kami tak pernah tidur berasingan. 

Seperti yang saya jangka, kedua-dua kami memang restless malam tu. Saya di wad tak boleh lena dan Mieya Izzara di rumah pun asyik terjaga dan merengek. Kesian anak mama. Saya pun berusaha tak nak ingatkan dia sangat dengan harapan dia akan baik-baik saja tanpa saya kat rumah. Saya cuma tidur dalam beberapa jam sahaja. Dahlah bateri telefon saya flat. Nak ber Whatsapp dengan hubby pun tak boleh. So saya pun cuba untuk tidur. Apabila percubaan untuk tidur gagal,  saya pun bukak buku yang saya beli berbulan lepas (belum baca lagi) dan mula membaca. Alhamdulilah.  Itulah hikmahnya bateri fon saya flat. Buku itu hampir saya khatamkan dalam beberapa jam sahaja. Tajuk buku itu ialah Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna.

          ~~~~~~~~~~~~bersambung~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan