Selasa, 20 Januari 2015

Rayyan Bazil dah 33 hari




Alhamdulilah. ..dah 33 hari usia Rayyan Bazil bin Razis.  Hari ni ada appointment doktor untuk post natal.

Dah 33 hari jugak mama berpantang. Ada 11 hari lagi nak merdeka :) . Berpantang ni memang penting selepas bersalin dan seharusnya ibu-ibu yang lepas bersalin tidak memandang ringan hal  berpantang ni.

Banyak bezanya berpantang anak pertama dengan anak kedua ni. Alhamdulilah kali ini saya rasa lebih bertenaga dan cergas walaupun dalam masa berpantang ni tidur memang tak cukup,  kena melayan si adik dan si kakak lagi serta menjalani rutin berpantang yang lain.

Walaupun saya hanya makan vitamin Shaklee untuk berpantang, namun saya juga Merancang untuk mengambil ubatan tradisional jugak nanti. Tapi tak lah ambik semuanya. Mungkin saya minum herba yang dipanggil air periuk sahaja. In shaa Allah.

Makanan dan minuman pun kena jaga betul-betul sebab tak nak bayi pulak dapat kesannya. Kalau tersilap makan, bayi mungkin akan meragam. Kalau bayi meragam memang akan letih lah. Alhamdulilah bayi saya amat senang nak dijaga. Cukup masa Rayyan Bazil akan bangun untuk menyusu dan sambung tidur balik. Semoga sentiasa jadi anak yang soleh dan solehah.

Nak tahu set berpantang yang saya ambil?  Klik kat SINI

Hubungi saya sekarang ♥ 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Email ~ mazuinak@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan