#3 Penuh Itinerary Setiap Hari, Bukan Takat “Free & Easy”
Selalu kan kita tengok penggiat MLM lain ramai-ramai tayang paper bag Louis Vuitton lah, Gucci lah, etc kalau ikut trip. Lagi-lagi kalau mereka ke Eropah. Kadang tu, admin tengok, hari-hari sepanjang mereka berada di sana pun asyik tunjuk gambar shopping. Musykil betul. Jadi, admin korek lah daripada mereka.
“Apa yang korg buat kalau trip Syarikat?”
Hampir semua pun jawab “syarikat bagi tiket flight & hotel. Sampai sana suka hati nak buat apa”. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu shopping jadi pilihan utama. Kalau 3 hari mereka di sana, memang 3-hari tu lah keluar masuk outlet saja kerjanya.
Sebab tu ramai antara mereka yang jadi personal shopper semasa di sana. Cepat2 ambil gambar, cepat2 send ke Whatsapp & cepat2 ambil order. Zass, tu yang keluar dengan paper bag berkepuk-kepuk tu. Tapi tayang macam lah mereka yang punya. Oops
Tapi trip Shaklee memang Jam Packed.
Hari-Hari pun ada benda nak buat.
Contohnya masa ke Jepun Baru-baru ni. Hari pertama jejak kaki di tanah Matahari Terbit pagi-pagi tu terus dibawa ke Toki Premium Outlet. Biasalah kita ni, shopping tu macam Spa & Massage. Sakit badan & Jetlag segala hilang bila tengah shopping. Lagi-lagi kalau shopping di luar negara kan? Kemudian, mereka bermalam di Gero; tempat Onsen paling best di Jepun.
Hari kedua, mereka dibawa ke Takayama Morning Market & Old Town Sannomachi. Lepas tu, mereka dibawa sejam perjalanan ke Shirakawa-Go; perkampungan Jepun yang dapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site. Hari ketiga, mereka ke satu-satunya Snow Wall di dunia; Tateyama Kurobe Alpine Route.
4-jam tau perjalanan dari hotel mereka di Gero.
Hari keempat, mereka dijemput makan Strawberry sepuas-puasnya di ladang berdekatan Yamanashi; Ishihara Nojo. Lepas makan tengah hari di restoren Ninja, mereka ke Pink Moss atau Fuji Motosu pula. Lepas check in di Imperial Hotel Tokyo, mereka ada special dinner bersama Dr Yasuhiko Kojima pula; Immunologist pertama yang discover tentang Interferon sebelum Saintis barat sambung kajiannya.
Hari kelima, mereka ke Tokyo Metropolitan Government Building Observatories untuk menikmati pemandangan bandar Tokyo, sebelum dibawa melawat pejabat Shaklee Jepun kemudiannya. Lepas lunch, mereka ke Sumida River Cruise sampai ke Odaiba Waterfront.
Hari keenam, ada Shaklee Walk atau jogging ringan-ringan di Hidiya Park (depan Imperial Hotel Tokyo). Lepas tu mereka ke Disneyland seharian. Hari kelapan, check out hotel & pulang.
Fuh, habis juga tulis semua itinerary ni. Kita yang baca pun macam semput. Apetah lagi mereka yang join, sure enjoy!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan