Ahad, 28 Mei 2017

7 SEBAB INCENTIVE TRIP SHAKLEE BEST GILA ( SEBAB #6)



#6 Hormat Keperluan Muslim

Banyak orang malaysia yang bawa Maggy atau makan makanan Arab setiap kali ke luar negara. Selain jimat, memang itu je lah pun yang boleh makan. Dengan trip Shaklee, tak perlu bawa Maggy pun boleh survive. InsyaAllah. Bukan takat survive, silap hari bulan makin bulat sebab terlebih makan lagi ada.

Ya, Shaklee sangat menjaga sensitiviti pengedar Muslim. Lagipun, 60% market di Malaysia adalah Melayu/Muslim.

Kita tak perlu fikir “mana nak cari makanan Halal”. Sebab Shaklee dah survey, check & tempah siap-siap makanan Halal. Tu yang mereka sampai naik bas ke hotel lain semata-mata nak dapatkan Sarapan Halal di Holiday Villa Hotel, London. Padahal, boleh je breakfast roti ke apa ke yang muslim boleh makan di Hotel Hilton Park Lane tu.

Begitu juga ruang solat.

Yang pernah travel mungkin dah biasa solat di parking lot, taman-taman, playground atau celah-celah museum. Ya lah, tempat minority muslim mana ada Masjid atau surau bersepah macam kita di Malaysia ni. Tapi dengan trip Shaklee, kita tak perlu runsing fikir cari ruang solat.

Pertama kali sampai di Toki Outlet di Jepun, mereka terus dibawa ke ruang solat khas di sana. Hanya dibuka untuk mereka hingga jam 12.30pm.

Semasa berada di Snow Wall pula, mereka dibawa terus ke ruang solat yang hotel di sana dah sediakan. Ala-ala bilik Onsen gitu. Padahal, mereka tidak menetap di sana. Cuma makan tengah hari saja.

Semasa makan tengah hari di Kanituraku Restoren, mereka dijamu di satu bilik khas. Dalam tu ada pentas kecil yang agak lapang. Sambil makan crab, mereka gunakan ruang pentas tu untuk gilir-gilir solat. Seronok kan?

Paling best, admin dengar, masa Global Conference Shaklee di Long Beach & Orlando 1-3 tahun lepas, Shaklee siap sewa bilik khas (perlukan duit ok nak sewa ni) semata-mata nak beri ruang kepada pengedar muslim menunaikan solat.

Memang touching betul.

Sebab tu, pengedar Shaklee begitu setia & sayangkan Shaklee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan