Isnin, 26 Jun 2017

PCOS DAN WANITA

Kredit kepada Dr. Zubaidi Hj. Ahmad


PCOS (Polycystic ovarian syndrome) juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini.

Penyakit ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur, tiada ovulasi (tiada telur wanita yang dikeluarkan untuk disenyawakan) , kitaran haid yang tidak menentu (selalunya haid yang berpanjangan dan kadang kala banyak), sukar untuk hamil, obesiti, gangguan metabolisme (yang menyebabkan kandungan gula dan kolesterol menjadi tinggi).

Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetic dan keradangan yang kronik dalam tubuh.

PCOS didiagnosa dengan pemeriksaan ultrasound dan pemeiksaan hormone dalam darah.


Namun begitu, melalui pemeriksaan fizikal dan sejarah perubatan, selalunya doctor boleh mengesyaki seorang wanita boleh mengalami PCOS apabila:

1. Telah berkahwin melebihi 2 tahun tetapi belum pernah hamil, walaupun suami tinggal sekali dalam satu rumah. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi sukar untuk hamil lagi selepas itu setelah berat mereka bertambah secara mendadak selepas melahirkan anak.

2. Kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur bermakna lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. Terdapat juga yang yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti.

3. Gemuk. Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah PCOS. Selalunya peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin atau selepas melahirkan anak. Ini menyebabkan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur wanita (ovum) tidak dikeluarkan dari ovari.

4. Tumbuh Rambut. Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut. Kebanyakan mereka mempunyai rambut tumbuh lebat pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki (androgen) dalam tubuh wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini.

Rahim terbalik (retroverted uterus) tiada kaitan dengan masalah usus dan penghadaman. Selalunya wanita yang mempunyai masalah PCOS, mereka mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Inilah yang menyebabkan mereka mengalami masalah penghadaman, seperti kembung perut, sembelit dan rasa tidak selesa pada bahagian abdomen.

Saya menasihatkan puan agar berjumpa doktor pakar puan bagi membincangkan masalah puan agar rawatan yang sempurna dapat diberikan.

Ikhtiar dengan mengambil makanan tambahan dan mengamalkan cara hidup yang sihat dapat membantu anda mengawal tanda - tanda PCOS.

Dapatkan vitamin Shaklee anda daripada saya.

Mazuin Ahmad Kiprawi
016.857.9722

Sihat dengan selamat bersama Shaklee!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan