Memaparkan catatan dengan label vivix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vivix. Papar semua catatan

Isnin, 3 April 2017

Pengedar Shaklee Sri Aman : Menangani Rambut Gugur Secara Selamat

Masalah rambut gugur, beruban dan tidak sihat memang memeningkan. Sebelum anda membelanjakan lebih banyak wang untuk rawatan kesuburan rambut, saya amat mengesyorkan agar anda mencuba vitamin Shaklee yang sudah terbukti keberkesanan,  keselamatan dan semulajadi. 


Selain 5 vitamin yang saya cadangkan di atas ini, untuk masalah rambut, anda juga boleh mengambil Vivix. Vivix merupakan vitamin yang menjadi pilihan bagi orang yang tidak suka mengambil banyak jenis vitamin. Dengan sesudu hingga dua sudu makan sehari sudah cukup untuk menjadi tambahan bagi keperluan vitamin anda seharian. 

Nak baca lebih tentang vivix sila Klik di SINI


Anda memerlukan vitamin Shaklee anda?

Hubungi saya sekarang ♥

Pengedar Sah Shaklee anda
Mazuin Ahmad 0105922567 
ID 892182

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

COD area Sri Aman, Sarawak

Penghantaran secara poslaju / bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei.






Selasa, 23 Februari 2016

Mengapa anda beruntung memiliki Vivix Shaklee?

Patent-Pending Vivix:

Kredit to Mommy LYNA NOH

Assalamualaikum wbt

Korang dah tau kan yg vivix ni ada patent pending. Apa maksud patent pending? Maknanya produk ni dah dihantar permohonan utk dapat hak patent. Walaupun belum dipatenkan secara rasmi, tapi dengan adanya patent pending, Vivix ni secure, takde orang boleh tiru patent2 Shaklee ni.

Apa yang Shaklee patenkan untuk produk Vivix?




1. Proses Cold Filling Extraction.

Ada banyak jenis proses untuk ekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh - tumbuhan.

Cold extraction maknanya buah-buah yang digunakan dalam vivix di-press utk mengeluarkan patinya dengan suhu rendah.

Ada proses yang guna air panas/suhu panas, proses macam ni boleh menurunkan kualiti produk tu walaupun hasilnya mungkin lebih banyak.

Sekarang Shaklee patenkan proses cold filling extraction ni untuk Vivix jadi orang lain takleh curi.

2. Gabungan Polifenol

Bagi kesan maksimum, Vivix bukan cuma ada resveratrol tapi gabungan polifenol. Umpama kita telan anggur muskadin sebijik.

3. Semulajadi, tanpa pengawet & stabil.

Kalau kita letak Vivix atas meja, Vivix tak meruap. Kalau letak dalam freezer, Vivix tak beku. Dan tindakan tu bukan dengan bantuan bahan-bahan kimia okey!

Beruntung tak kita ada Vivix? Untung kan...?

Jumaat, 8 Januari 2016

3 bulan konsisten, bapa ini tak perlu biopsi dan tak perlu makan steroid!

TESTIMONI 026 : MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

.

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3 botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.


Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722

Khamis, 7 Januari 2016

Jeragat bukan lagi masalah, wajah kembali muda!

TESTIMONI 022 : SUHAILA ABDUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su.Saya berusia 40 tahun.Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3.Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering.Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung.Saya memang pernah mencuba berbagai produk kecantikan dan suplimen tapi semuanya tak pernah kekal.Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolegen Shaklee.Saya mencuba sebanyak sekotak.Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.

Suatu hari saya diserang sakit dibahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat.Selepas mendapatkan rawatan doctor, disahkan bahawa dibahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang.Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang.Saya makan sampai habis ubat tersebut tetapi rasa sakit dan kencing tidak lawas masih saya alami.Disamping masalah batu karang  saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening  dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih.

Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimony  suplimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX.Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah , saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari dimana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja.Setiap bulan period saya datang dengan konsisten selama 9 hari.Tanpa saya sedari, rasa sakit dulu sudah tidak dirasai lagi .Saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri,tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu.Malahan jarang sekali berjumpa doctor untuk rawatan.. Saya ni memang tidak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan  saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa.Kesan lain yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu.Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid disekolah. Minum vivix asalnya sebab  nak sembuhkan sakit batu karang.Tapi banyak pula yang lain yang dapat kesan tip top.

Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini.Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini.        
           




Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata.Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….
Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya.Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik.Alhamdulillah.Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh ckit…



Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722

Khamis, 31 Disember 2015

Bukan hanya wajah semakin muda, kesihatan pun sama

Perkongsian hebat dan bermanfaat daripada Supermom Shaklee Story. Terima kasih.


TESTIMONI 47 : NUR AFIZAH BINTI SHUIB

Assalamualaikum W.B.T

Saya Nur Afizah Binti Shuib, berumur 59 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam. Mempunyai 4 orang cahaya mata dan 4 orang cucu.
.

Daripada zaman saya muda-muda lagi, saya memang mementingkan kesihatan. Macam-macam suplemen yang saya cuba, yang murah yang mahal..Tapi kebanyakkan, tidak menunjukkan apa-apa kesan yang ketara. Saya amalkan produk Shaklee dah 3 tahun lebih. Saya kenal Shaklee daripada anak dan menantu saya.  Alhamdulillah, saya jatuh hati dengan produk Shaklee terutamanya VIVIX!
.
.
Saya memang jaga pemakanan, saya kurangkan gula dalam minumam harian. Tapi disebabkan kencing manis dan darah tinggi ni penyakit 'keturunan’, memang tak boleh nak lari mana lah..Check-up di hospital baru-baru ni, menggunakan mesin penimbang elektronik yang baru tu. Apa ntah namanya mesin tu. Happy sangat bila doktor cakap bacaan b/p saya mcm 'anak dara', 120/80.
.
.
Tapi dari bacaan mesin tu, doktor inform yang umur dalam badan saya 51 tahun! Memang terkejut lah dengar, walhal umur saya tahun depan dah masuk 60 tahun. Alhamdulillah, awet muda..BMI saya pun normal. Bacaan kencing manis saya pun normal, 6.7 berbanding dengan bacaan 3 tahun dulu, 8.0..Doktor pun dah kurangkan dos ubat kencing manis yang perlu saya makan setiap hari. Lega rasa..smile emoticon
.
.
Pernah ada sahabat saya tanya, kat mana saya buat gigi palsu. Teratur cantik je..Hehe, saya kata ni gigi betul. Tak pernah lagi buat gigi palsu. Terkejutlah dia, di usia saya yang nak masuk 60 tahun ni, masih lagi ada gigi kekal yang masih elok. Bagi saya, penjagaan gigi sangatlah penting. Dari saya muda lagi, saya amalkan minum susu setiap hari.
.
.
Ini adalah antara vitamin yg saya konsisten ambil setiap hari dengan konsisten. Paling best, saya suka VIVIX. Rasanya dah 12 botol yang saya makan. (saya kongsi makan dengan suami tercinta).
.
.
Kulit saya yang dahulunya kusam dan tak bermaya, rasa lebih ceria dan awet muda berbanding sebelum ambil vivix. Memang Best! Bg yang belum tahu, vivix ni bukan sahaja suplemen untuk kesihatan menyeluruh, tapi vivix jugak berfungsi sebagai anti-penuaan.
.
.
Pada tahun 2013, saya berpeluang untuk melangkah kaki ke tanah suci Mekah bersama anak dan suami untuk menunaikan Umrah. Alhamdulillah, kesihatan saya baik-baik je kat sana. Tapi, suami saya mengalami athma yang teruk sehingga sampai sahaja di Malaysia, suami saya kena admit di Hospital Sg.Buluh. Doktor mengesahkan suami saya kena jangkitan di paru-paru yang berpunca daripada habuk di Mekah. Berkampunglah di hospital selama 8 hari.
.
.
Suami saya ni, memang susah nak makan vitamin melainkan kalau saya ambil dan bagi kat dia, baru dia makan. Tapi, di Mekah kami tinggal di bilik berasingan, sebab tu susah sikit saya nak berkongsi vitamin dengan suami. Alhamdulillah, kesihatan saya baik di sana tanpa demam atau batuk. Vitamin Shaklee saya bawa sekali kesana dan amalkan setiap hari sebelum mengerjakan Umrah.
.
.
Produk yang hebat dan berkesan ni, saya kongsikan kebaikan dengan kawan-kawan sepejabat saya. VIVIX the best choice suplemen untuk di amalkan setiap hari. Di tambah dengan vitamin lain seperti Vita-Lea, Vita C Plus dan Omega, kesihatan saya bertambah baik.


.
Bagi anak-anak yang tak tau nak bagi hadiah apa kat mak abah anda, boleh la hadiahkan sebotol VIVIX ni setiap bulan.
.
Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722

Rabu, 30 Disember 2015

Nenek 73 tahun pergi bercuti dan bermain salji

Kredit kepada Supermom Shakle Story atas perkongsian yang bermanfaat ini.


TESTIMONI 42 : SABARIAH BINTI ABDUL RAHMAN
.

Assalamualaikum w.b.t.
Saya Sabariah binti Abdul Rahman, baru berusia 73 tahun dan mempunyai 4 orang anak (4 lagi telah tiada akibat keguguran ) serta 10 orang cucu.
.

Sejak remaja, saya sangat mementingkan aspek kesihatan dan apabila memasuki alam pekerjaan saya sangat berdisiplin dalam pengambilan suplemen dari pelbagai jenama. Alhamdulillah, sehingga kini saya tiada masalah kesihatan yang teruk melainkan sakit tulang belakang serta sedikit darah tinggi yang baru sahaja dikesan 3 minggu yang lepas.
.

Saya mengenali Shaklee di Malaysia semenjak saya masih bekerja di awal umur 30-an, kira-kira pada tahun 1980an. Sehiggalah saya menjadi pengguna tegar semenjak tahun 2012 apabila anak saya Azlinda Ismail mula berdaftar sebagai pengedar Shaklee. Saya bermula dengan Vivix, diikuti dengan SR Vita C, Collagen Powder, Ostematrix, OmegaGuard, Advanced Joint Health Tablet, Carotomax, GLA Complex, Garlic Complex dan beberapa jenis suplemen yang lain.
.

Sakit sendi yang saya alami semakin berkurang. Rasa berpasir dalam mata turut hilang dengan pengambilan suplemen ini secara konsisten. Saya juga tak menyangka, ramai kawan-kawan menegur jeragat di pipi semakin pudar dan sering berkongsi rahsianya.
.

Pada tahun 2014, saya berangkat sendirian ke Glasgow untuk melawat anak ketiga dan keluarga yang menyambung pengajian di sana. Penerbangan di awal pagi Hari Raya Aidilfitri membolehkan saya menyambut Aidilfitri di Malaysia, Dubai dan seterusnya di Glasgow! Saya tak lupa membawa Vivix sebagai keperluan utama, SR Vita C dan Omega Guard sebagai pelindung dari selesema memandangkan cuaca yang terlalu sejuk sepanjang masa di Scotland. Tambahan pula saya berada di sana selama hampir 6 bulan, dan saya sentiasa berharap diberikan kesihatan sepanjang pemergian saya.


Awal tahun 2015, Allah berikan saya kesihatan dan peluang untuk saya bercuti dengan anak-anak di Glenshee, bermain salji dan sledge walaupun pada usia begini. Vivix menjadikan saya muda dari dalaman dan itulah usaha saya supaya sentiasa sihat selain berdoa kepada Allah s.w.t.. Vivix mudah dibawa kemana sahaja, ringan dan kecil tetapi padat dengan semua keperluan!
.

Saya sayang Vivix.
Saya bersyukur diperkenalkan dengan Vivix dan suplemen lain.
Di usia begini, saya pastinya mahu meniti saki baki usia saya dengan sihat, supaya saya mudah beribadat dan tidak perlu hanya terlantar kesakitan. Pesanan saya, anda yang masih muda, jangan lupa menjaga kesihatan dan konsisten dalam pengambilan suplemen yang berkualiti. Tak lupa pada yang masih ada ibu bapa, elakkan mereka menderita kesakitan di hari-hari emas mereka.

Sekian ;) Saya sayang Vivix

Berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee anda? Hubungi saya sekarang

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Whatsapp ~ 010 5922567
Sms/call/Telegram ~ 0168579722

Selasa, 25 Ogos 2015

Detoksifikasi dan Kesannya




Proses pembuangan toksin secara semulajadi dari dalam tubuh atau yang disebut dengan proses detoksifikasi adalah sebuah proses penting dilakukan.

Proses  detoksifikasi  ini amat diperlukan untuk beberapa rawatan tubuh seperti mencegah penyakit, menguatkan daya tahan, membaiki fungsi organ dalam tubuh, melambatkan proses penuaan, merawat ketagihan, membersihkan wajah dari jerawat, meningkatkan kesuburan.

Selain itu, setelah detoksifikasi, tubuh akan berasa lebih bersemangat, rileks dan berasa lebih sihat.

Kebiasaannya, selepas detoksifikasi, tubuh akan mengalami tanda-tanda tertentu.

Namun ada yang tidak merasa apa-apa kesan detoksifikasi ini kerana setiap orang memiliki kadar metabolisma yang berbeza.

Selain itu ia bergantung kepada jumlah toksin yang berada dalam badan serta kepekaan tubuh terhadap perubahan.

Tanda-tanda yang muncul daripada detoksifikasi di antaranya dapat berupa rasa pening, selsema, cirit-birit, gatal-gatal, panas badan,  pedih ulu hati. Selalunya ia berlangsung 3 - 7 hari.

Tumor juga berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di pelbagai tisu badan.

Demam yang bukan disebabkan oleh jangkitan kuman adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menelan toksin di dalam badan, kadar metabolisma semakin tinggi, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung (cardiomegaly) sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan  tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembeskan pelbagai jenis biokimia semul yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

Selain itu, toksin bertanggung jawab secara langsung atau tidak langsung untuk alergi, asthma, karang pada ginjal dan karang pada pundi hempedu, pengerasan saluran darah, sakit sendi, sembelit, perut kembung, barah dan kemerosotan daya seksual.

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-mata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

[Sumber : Fan page  Dr. Zubaidi Hj. Ahmad]

Terdapat beberapa produk Shaklee yang membantu dalam proses detoksifikasi. Antara yang selalu menjadi pilihan ramai adalah Herb-lax, DTX complex, Alfalfa Complex, Vivix dan lain-lain lagi. .






Anda boleh mendapatkan produk-produk ini daripada saya berserta dengan konsultasi selepas pembelian secara PERCUMA!

Hubungi saya sekarang!

Puan Mazuin Ahmad
0105922567 [WhatsApp only]

Facebook  Mazuin Ahmad
Fan page Momma Mieya's


Sabtu, 8 Ogos 2015

Penyakit Kencing Tikus: Info yang anda wajib tahu!

APA ITU PENYAKIT KENCING TIKUS?

Ia merupakan penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui air kencing haiwan yang dijangkiti.
Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.

Pada mulanya bakteria ini dikenalpasti berpunca daripada tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan yanh boleh menjadi perumàh bakteria ini, sama ada liar atau haiwan peliharaan.

SIMPTOM-SIMPTOM  

♧ muntah
♧ diarrhoea
♧ ruam
♧ jaundice
♧ sakit abdomen
♧ mata merah
♧ demam panas
♧ sakit kepala
♧ sakit sendi
♧ menggigil

BAGAIMANA MENCEGAH DARIPADA TERKENA KENCING TIKUS?

♤ Elakkan berkunjung ke kawasan air bertakung
♤ Simpan makanan atau minuman dengan baik
♤ Cuci tangan dengan sabun sebelum makan
♤ Menjaga kebersihan sekeliling
♤ Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar
♤ Tingkatkan imun sistem tubuh.

KOMPLIKASI PENYAKIT KENCING TIKUS  

! Meningitis
! Penyakit salur pernafasan
! Kegagalan hati
! Kerosakan buah pinggang
! Kematian

BAGAIMANA JIKA SAYA TELAH DIJANGKITI?

Jika anda atau orang yang anda sayang menunjukkan simptom-simptom penyakit kencing  tikus, segeralah mendapatkan rawatan doktor.

BERAPA LAMA UNTUK SEMBUH?

Ia mungkin mengambil masa beberapa hari hingga ke 3 minggu dan boleh berlanjutan lebih lama sekiranya tidak dirawat dengan betul. Ia boleh berpanjangan sehingga beberapa bulan.

Tingkatkan sistem imun badan anda dengan Shaklee.



Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma dan bimbingan berterusan sepanjang pengambilan produk.

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's



Whatsapp ~ 010 5922567

Jumaat, 5 Jun 2015

Langkah terbaik untuk mengatasi Kulit kusam



Masalah kulit wajah kusam memang membingungkan. Pendedahan terhadap cahaya matahari dan penggunaan penjagaan wajah yang kurang sesuai dan mengandungi bahan kimia adalah penyebab berlakunya masalah kulit kusam.

Nak dapatkan kulit wajah berseri tanpa kos yang tinggi dan rawatan yang menyakitkan? Masalah kulit kusam hendaklah diatasi dari dalam tubuh kita. Makanan yang seimbang akan menyebabkan badan kita menjadi lebih sihat. Apabila badan sihat, kulit akan jadi berseri.

Petua untuk mendapatkan kulit berseri, kita hendaklah banyak memakan buah-buahan dan sayuran. Pengambilan air kosong yang mencukupi juga amat membantu.

Nak lebih senang? Anda boleh mengambil supplement atau makanan tambahan. Pemilihan supplement yang tepat amatlah perlu agar anda tidak membazirkan duit serta masa anda mengambil supplement yang tidak membantu dalam masalah anda.

Antara supplement Shaklee yang menjadi pilihan ramai orang adalah ESP,  vitamin C sustained release 500mg,  GLA Complex,  vitamin B complex, 
vitamin E, Vivix dan Shaklee Collagen Powder.

Nak penjelasan lanjut? Jangan segan-segan hubungi saya. Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :) 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Hubungi saya sekarang ♥

Rabu, 4 Mac 2015

Berhenti merokok dengan cepat dan selama-lamanya

Suami yang tersayang seorang perokok? Anda wajib membaca entry saya kali ini. Langkah seterusnya di tangan anda.

Seronok membaca perkongsian kisah isteri-isteri yang sentiasa mencari jalan dan usaha bagi membantu suami untuk berhenti merokok.

Semua tahu keburukan merokok, bukan sahaja kepada si perokok malah kesannya turut dirasai oleh orang sekeliling khasnya keluarga terdekat.

Kali ini saya kongsikan kejayaan suami-suami berhenti dan dalam proses berhenti merokok dengan vitamin semulajadi yang superb ini. 



Isteri gembira, keluarga makin bahagia...hehehe..






Anda yang sayang sangat kat suami anda,

Hubungi saya sekarang ~

Mazuin Ahmad

WhatsApp 010 5922567



Selasa, 24 Februari 2015

Gout dan Vitamin Shaklee


Apakah Gout?
Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.


Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)

OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


Berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda? 
Hubungi saya sekarang ♥

Konsultasi berterusan untuk anda pelanggan tersayang ♥

Pengedar Sah Shaklee anda. 
Mazuin Ahmad
0105922567
ID 892182

Sabtu, 24 Januari 2015

Semua ini bukan overclaim sebab...

Ini bukan overclaim sebab sudah menjadi satu kemestian bagi distributor Shaklee yang betul-betul ingin berjaya dalam bisnes Shaklee ini supaya mencuba dan mengalami sendiri Shaklee effects.

Kami tak menjanjikan bulan dan bintang. Segalanya kami kongsi atas pengalaman kami sendiri.  Mungkin kesannya berbeza bagi setiap individu. Tapi tak salah untuk berkongsi kegembiraan yang kami alami setelah mengamalkan Produk Shaklee ini.








Hubungi saya sekarang ♥

Pengedar Sah Shaklee anda
Mazuin  Ahmad Kiprawi
ID 892182
0105922567

Fanpage ~ Momma Mieya's
Facebook ~ Mazuin Ahmad


Khamis, 23 Oktober 2014

Khasiat anggur kepada lelaki

Pengambilan buah-buahan dalam rutin makanan seharian sangat digalakkan.  Baik lelaki atau wanita,  khasiat buah-buahan sangat membantu bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat.



Ramai yang mengetahui buah-buahan mempunyai khasiatnya tersendiri termasuklah anggur. Anggur yang diambil dengan kuantiti mencukupi mampu mengurangkan risiko penyakit lelaki. Jom semak kelebihan anggur kepada lelaki.

Serangan jantung

Anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ia mengurangkan pembentukan gumpalan dalam darah. Keadaan itu akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.

Kolesterol

Anggur juga mempunyai bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Sembelit

Anggur mengandungi bahan asid organik, gul dan cellulose.  Bahan-bahan ini membantu masalah penghadaman yang berlaku kepada pesakit.

Buah pinggang

Anggur mengurangkan tahap keasidan asid urik di dalam tubuh. Ia membantu menyingkirkan asid daripada sistem tubuh.  Ini akan mengurangkan tekanan ke atas ginjal.

Kanser payudara

Meski kanser payudara kerap menyerang wanita, namun golongan lelaki turut tidak terkecuali. Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah diberi makan anggur,  didapati buah ini mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

Alzheimer

Penyakit yang sering dialami lelaki berusia ini boleh dikurangkan dengan pengambilan anggur. Resveratrol,  sejenis polyphenol didapati menurunkan beta amyloid pada pesakit Alzheimer.  Anggur juga baik untuk kesihatan otak manusia.

Kanser

Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser.  Anthocyanin dan proanthocyanidins yang ada di dalam anggur bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.

Anda memerlukan vitamin Shaklee anda?

Hubungi saya sekarang ♥

Pengedar Sah Shaklee anda
Mazuin Ahmad 0105922567 
ID 892182

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

COD area Sri Aman, Sarawak

Penghantaran secara poslaju / bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei.

Jumaat, 20 Disember 2013

4 MEKANISMA PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR



1. KEROSAKAN DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. PENGAWALAN GENETIK
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular.
Di dalam satu penemuan utama, ujiam klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3. PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL-SEL
Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. 
Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel.

4. PENIMBUNAN PROTIN AGE
Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. 
Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE. 



Jumaat, 3 Mei 2013

Anti Penuaan dengan VIVIX SHAKLEE






Apa itu vivix?
Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. 

Apa yg terkandung dlm Vivix ni sehinggakan ia dikatakan sangat best.]?
Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

>>Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...
Apakah itu Resveratrol?
• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser

.Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah..Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
___________________________________________
Tahukah anda... jika nak dibandingkan dgn minuman jus lain seperti M****, Ta*** dan X***..hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day) Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC). Ini baru dinamakan kualiti setanding dgn duit yg dibelanjakan untuk vivix.
*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods
__________________________

Khamis, 27 Disember 2012

Anti Penuaan

Anti penuaan bukanlah bermaksud tidak menerima hakikat yang umur semakin bertambah tetapi melambatkannya dan menghadapinya dengan lebih bersedia...menjadi tua adalah trauma bagi kaum hawa....sehinggakan ada yang tidak berani menyatakan umurnya dengan tepat...dan menjadi satu kesalahan bertanyakan umur kepada seorang wanita :) 
Mari kita sama-sama menentang penuaan dengan produk hebat shaklee yang telah terbukti secara klinikal mengandungi bahan-bahan yang anti oksidan dan sel anti penuaan.

Vivix™

Revolusi Terbaru dari Shaklee

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 


Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  



Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

 Kod Produk10320 (150ml)