Ahad, 3 Februari 2013

Kalsium bantu melangsingkan tubuh

 




                            Tahukah anda bahawa kalsium bukan sekadar membantu menguatkan tulang dan memberikan anda kesegaran tubuh sebaliknya turut membantu menjadikan anda kurus?
                           Satu kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi mengikut keperluan tubuh badan lebih senang mendapatkan berat badan ideal berbanding mereka yang mempunyai kandungan kalsium yang rendah.
                           Kalsium contohnya yang terdapat dalam susu bukan sahaja berkhasiat malah membantu membuatkan anda berasa kenyang.Ini akan membuatkan anda kurang berasa lapar dan mematikan selera anda mengambil hidangan berat dengan kerap.
                           Kekurangan kalsium juga akan merangsang penimbunan lemak dalam tubuh. Justeru,amalkan pengambilan kalsium demi diet yang sihat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan