Ahad, 3 Februari 2013

Tinggi Kolesterol Ancam Nyawa

                                   
                                             

                            Menurut kajian yang dibuat oleh Sekolah Perubatan Universiti Northwestern, Chicago, lelaki di bawah usia 40 tahun dan tinggi kandungan kolesterol dalam badan mempunyai jangka pusingan hayat yang lebih pendek dan berkemungkinan mati disebabkan sakit berkaitan jantung berbanding rakan sebaya yang mempunyai tahap kolesterol yang rendah.
                        Ketua Penyelidik, Dr. Jeremiah Stamler dan anggota kumpulannya yang mengkaji semula tiga laporan pengkajian jangka panjang mengenai kolesterol mendapati, lelaki yang mempunyai 240mg bahan itu dalam setiap tahap desiliter atau lebih tinggi sebanyak 3.6 kali ganda, berkemungkinan menghadapi kematian berpunca daripada penyakit jantung koronari (pembuluh darah sempit & keras) berbanding mereka yang mempunyai kandungan kolesterol yang rendah. Bagi mengatasi masalah ini, anda dinasihatkan supaya mengamalkan pola pemakanan yang sihat dan seimbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan