(Cuba teliti 10 punca diet gagal dibawah dan tukarkannya menjadi strategi langsing paling berkesan)
1. MENAHAN LAPAR
Makan ketika anda sedang lapar tidak digalakkan. Ahli gizi menyarankan supaya anda makan sebelum lapar. Ini kerana, rasa lapar boleh membuatkan anda makan lebih banyak dan melebihi batas kalori yang diperlukan.
2. 'AKSES' MUDAH MENDAPATKAN MAKANAN
Jika snek anda diletakkan di atas meja, sudah tentu makanan itu akan dapat dihabiskan dengan mudah. Sebaliknya,jika anda menyimpan makanan dalam laci atau tempat yang sukar dilihat, pastinya ia kan bertahan lama.
3. PINGGAN YANG BESAR
Jika anda makan di pinggan yang besar, mungkin anda akan mengambil makanan yang banyak bagi memenuhi pinggan tersebut. Jika anda menggunakan pinggan yang kecil,anda akan pasti berasa cepat kenyang dan makan secara perlahan-lahan.
4. MAKAN DENGAN CEPAT
Makan secara perlahan membuatkan anda merasa lebih cepat kenyang berbanding makan dengan lahap. Untuk membantu anda merasa kenyang,kawal kunyahan sebanyak 15-20 kali dan berhenti seketika sebelum menyuap makanan lain.
5. MAKAN SAMBIL BERAKTIVITI
Makan sambil melakukan aktiviti akan membuatkan anda tidak fokus dengan makanan yang dihidang. Tanpa anda sedari, anda terus makan. Oleh itu,elakkan makan sambil menonton televisyen,melakukan kerja di hadapan komputer atau membaca buku.
6. KURANG BERJALAN KAKI
Cepat..itulah sebabnya anda menggunakan escalator atau lif di tempat kerja. Namun ini boleh merosakkan diet anda. Lebihkan berjalan kaki dan menaiki tangga untuk membakar kalori.
7. PENGAMBILAN DIET SODA BERKARBONAT
Ucapkan selamat tinggal kepada minuman ini. Walaupun dianggap sebagai alternatif minuman soda, tetapi ia tetap mengandungi pemanis buatan,berkalori tinggi dan menjurus kepada penyakit diabetes.
8. KEINGINAN MENGUNYAH
Ketepikan makanan ringan kegemaran anda di bilik tidur, ruang tamu atau di atas meja. Snek yang menjurus kepada keinginan anda untuk terus makan boleh meningkatkan kalori. Gantikan dengan buah-buahan.
9. PENGARUH KAWAN
Huluran donut atau cupcakes patut ditolak dengan cara baik terutamanya selepas makan tengahari atau sebelum pulang dari pejabat. Menurut kajian dalam Journal of Consulting and Clinical Psychology, seseorang yang berjaya menurunkan berat badan adalah mereka yang berkawan dengan orang yang mempunyai tujuan yang sama dalam diet.
10. TANPA DIET HUJUNG MINGGU
Anda mungkin berdiet ketat pada hari bekerja. Namun apabila hujung minggu anda akan makan sepuasnya. Sebenarnya cara ini harus ditinggalkan kerana "balas dendam" pada hujung minggu akan membuatkan diet anda sia-sia.
11. KURANG TIDUR
Selain untuk kesihatan, tidur yang cukup sangat baik untuk menjaga berat badan. Kurang tidur boleh mempengaruhi hormon penghadaman sehingga anda ingin makan pada tengah malam. Tidurlah dengan mencukupi untuk menjaga kualiti diet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan