Throwback hari Jumaat:
Sebenarnya appointment Rayyan Bazil untuk check 8 bulan adalah pada 14 Ogos 2015. Mamanya pulak sibuk dengan UPSR, sampai lupa tarikh...huhuhu
Pada 21 Ogos 2015 mama pun bawaklah Rayyan untuk timbang berat. Alhamdulilah. Beratnya bertambah jugak walaupun tak sampai 1kg. Nurse kata normal bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya.
Lagipun Rayyan dah semakin tinggi. Hehehe..sibuk dah nak berjalan...cepat sangat anak bujangku ini nak berjalan. Kakak Mieya umur setahun 1 bulan baru start nak berjalan.
Masa check hari tu sempat lagi nurse bagi tahu, mama dipilih jadi Rakan Penyokong Penyusuan Susu Ibu. Nurse kata mama antara ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Walaupun pengalaman mama masih baru lagi dalam dunia breastfeeding ni, namun mama tetap happy dapat membantu ibu-ibu lain dalam menjayakan penyusuan susu ibu.
Mama pun masih banyak benda kena belajar. Seronok je nak kongsi dengan rakan-rakan ibu lain. Sebab mama tahu, dunia breastfeeding ni bukannya mudah. Tanpa sokongan suami dan orang sekeliling memang sukar nak menjalankan misi ni.
Mama memang pengamal tegar Shaklee. Dengan izin Allah dan asbab Shaklee jugak mama dapat meneruskan misi penyusuan sehingga 3 tahun (bulan 9 genap 3 tahun) untuk kakak Mieya Izzara si cantik mama.
alhamdulillah...
BalasPadamtahniah dapat menyempurnakan syariat Islam - breastfeeding anak sampai sekurang2nya 2 tahun. :)
Alhamdulilah...diberi peluang olehNya merasai nikmat menjadi ibu :)
BalasPadam