Sabtu, 9 Mac 2013

Makanan Hebat Anti Penuaan



BAWANG PUTIH
~ Makanlah sedikit bawang putih dalam sehari. Sama ada dimasak atau mentah kerana ia membantu melindungi tubuh akibat kanser dan penyakit jantung.
~ Perlindungan kardio yang ada pada bawang putih sudah disahkan menerusi kajian yang dibuat di Iowa, USA pada tahun 1994 yang melibatkan 41 837 wanita yang berusia di antara 55 hingga 69 tahun.
~ Menerusi kajian ini, mereka mencadangkan wanita yang mengamalkan pengambilan bawang putih sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu akan mengalami pengurangan risikosebanyak 50% bagi penyakit kanser usus.
~ Sementara itu, satu kajian lain di Tasgore Medical College di India turut mencadangkan wanita mengamalkan bawang putih kerana ia dipercayai berkesan mengurangkan kadar kolesterol dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan