Sabtu, 9 Mac 2013

VITAMIN ; siapa perlu & tidak?




Menurut Mayo Clinic Medical Essay, sebahagian besar orang yang sihat tidak memerlukan vitamin dan suplemen. Golongan yang perlu mengambil suplemen vitamin dan mineral ialah:


  • Mereka yang berumur 65 tahun atau lebih ~ beberapa kajian menyatakan bahawa multivitamin boleh memperbaiki fungsi imunitidan menurunkan risiko beberapa jangkitan.
  • Mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan tertentu ~ Ubat seperti antasid,antibiotik,diuretik,laksatif,anticonvulsant dan antidepressant boleh mempengaruhi kemampuan tubuh untuk menggunakan vitamin dan mineral. Kekurangan beberapa vitamin boleh mempengaruhi pengubatan tersebut.
  • Mereka yang mengamalkan diet ketat ~Sekiranya anda makan kurang daripada 1000 kalori per hari atau diet anda mempunyai batasan kerana alahan,anda mungkin perlu mengambil vitamin.
  • Perokok ~ Merokok boleh menurunkan kadar vitamin C dalam tubuh. Pengambilan per hari yang disarankan adalah 100mg berbanding 60mg bagi yang tidak merokok.
  • Peminum alkohol ~ mengambil alkohol dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan kehilangan zat tubuh kerana alkohol mempengaruhi penyerapan, metabolisma dan kesan vitamin.
  • Ibu hamil dan menyusukan ~ Wanita yang hamil dan menyusukan bayi memerlukan lebih nutrien terutamanya asid folik, zat besi dan kalsium.
  • Pengamal sayur-sayuran ~ Seseorang vegetarian yang tidak mengambil susu atau produk tenusu mungkin memerlukan vitamin atau suplemen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan