Sabtu, 20 April 2013

DUIT BANYAK VS KESIHATAN ?


Terpanggil untuk mempersoalkan antara duit banyak dan kesihatan apabila diajukan soalan, kenapa vitamin Shaklee ni mahal harganya? Ye ke mahal? Mungkin bagi yang belum mencuba dan merasai perbezaan sebelum dan selepas mengambil vitamin Shaklee ini, itulah persoalan yang akan mereka fikirkan.

Bermula alam kanak-kanak menginjak ke usia remaja, saya ditakdirkan untuk sentiasa diuji dengan kesihatan yang tidak berapa baik. Gastrik dan asthma teman semasa belajar di universiti. Belum lagi masalah jerawat dan resdung. Sebab itulah apabila dah berkecimpung dalam bidang vitamin Shaklee ini, saya teramatlah bersyukur. Kesihatan yang bertambah baik memudahkan untuk saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerjaya. 

Mungkin semasa masih anak dara, demam sikit boleh lah berehat memanjang. Kalau dah berkeluarga dan mempunyai anak kecil yang menuntut perhatian, segala sakit pening terpaksa diabaikan selagi boleh. Tuntutan kerja sekolah dan tanggungjawab di rumah memerlukan saya untuk menjadi super woman :) 

Sejak mengamalkan vitamin Shaklee secara serius pada November 2012, Alhamdulilah asthma semakin jarang menyerang dan gastrik pun hampir tiada. Masalah kulit muka berjerawat semakin elok. Selain itu, masalah berat badan sedang diatasi untuk mencapai berat badan ideal :)

Saya mengamalkan vitamin Shaklee, iaitu Vitalea, B complex, ESP, alfalfa, garlic, omega guard, ostematrix dan nutriferon. Sekali sekala ambik Collagen Shaklee, vitamin E sebagai rutin untuk penjagaan wajah. Vitamin Shaklee sangat membantu dalam penyusuan eksklusif Mieya Izzara. Badan yang cergas dan sihat membantu untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu. Fikiran terasa lebih tenang dan ceria walau pun kadang kala seperti insan biasa yang lain, saya mengalami hari-hari yang penuh dugaan dan mencabar. Alhamdulilah saya dapat mengharunginya dengan sabar tenang. Dengan izin Nya jua.

Melihat kepada senarai vitamin Shaklee yang saya ambil, ada insan-insan yang mempersoalkan, banyaknya?
 Makan satu jenis je tak cukup ke? 
Tak mahal ke?
Mesti banyak duit nak maintain setiap bulan?

Saya cuma tersenyum kerana sebenarnya kalau betul dengan caranya, vitamin Shaklee ini sangatlah murah berbanding dengan vitamin yang pernah saya ambil sebelum ini. Secara puratanya, sebotol vitamin Shaklee yang saya ambil mampu bertahan untuk 4 bulan. Sangat lah berbaloi dengan kesihatan saya yang semakin baik. Bagi saya, duit yang banyak tidak akan mampu membeli kesihatan saya. Saya rela melabur untuk kesihatan yang baik di samping berdoa kepada yang Maha Kuasa agar sentiasa diberi kesihatan, kekuatan dan ketabahan dalam hidup. Aminn...

Nak berkongsi kisah saya bersama Vitamin Shaklee? Anda boleh sms/whatsapp saya 010-5922567 Momma Mieya untuk konsultasi dan tempahan vitamin Shaklee anda :)

Have a Nice Day!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan