Ahad, 9 Jun 2013

Kisah aku seorang blogger

 Setelah hampir genap setahun bergiat dalam dunia blogging, hari ini saya nak kongsi tentang diri saya dan orang tersayang.
Merupakan seorang anak keenam daripada 9 bersaudara. Anak kepada seorang ibu hebat, Puan Khadizah Sa'at yang gigih membesar dan memberi pendidikan kepada kami setelah pemergian ayah tersayang 13 tahun lalu. Alhamdulilah semua kami 'menjadi'. Walau tidak mewah kami bersyukur atas segala kurnia Nya.

Merupakan seorang isteri merangkap business partner kepada Encik Razis Jermi. Ibu kepada bayi comel berusia 15 bulan yang diberi nama Mieya Izzara. Itulah nyawa saya sejak 15.01.2012 kerana pada tarikh itulah saya sedar akan kewujudannya di dalam rahim saya. Semoga Mieya akan menjadi insan hebat yang faham akan agamanya dan solehah.

Tugas hakiki saya adalah seorang guru Matematik di sebuah sekolah rendah. Saya suka menjadi guru dan sayangkan profession itu namun impian untuk menjadi WAHM, work at home mom telah saya sematkan sejak hari pertama Mieya lahir ke dunia. Alhamdulilah,  walaupun hanya menjalankan Shaklee secara part timer, rezeki ada di mana-mana. Mungkin keberkatan daripada berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.
Saya memang minat berniaga. Masa sekolah rendah menjadi pembantu mak jual nasi lemak dan aiskrim. Bila di universiti jual Nutri Metics secara kecil-kecilan untuk kegunaan rakan-rakan.

Dengan Shaklee pulak saya bermula dengan niat nak kurus. Lepas beranak terlalu fobia berat badan naik walaupun masa tu maintain je sebab menyusukan Mieya. Terus ambik Shaklee untuk set ibu menyusu dan penurunan berat badan. Alhamdulilah sampai sekarang mampu kekalkan berat yang saya nak. Saya tak nak kurus macam model sebab sayang baju-baju lama yang geleber. Hehe.
Panjang lebar dah cerita saya ni. Kalau minat nak join jadi member shaklee,  boleh je sms/WhatsApp saya 010 5922567.  Kita cerita Panjang ye. Badan sihat poket pun ceria :)

Yang penting kena ada hati yang cekal dan tak nak sentap - sentap ye. Satu lagi, jangan beralasan, tapi carilah jalan.

Terima kasih sebab sudi baca.
Assalammualaikum ♥♥♥



♡ wajah terkini kami bertiga ♡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan