Jumaat, 8 Mei 2015

Kenapa Shaklee Menjadi Pilihan Ramai Surirumah dan Wanita Bekerjaya?

Mengambil supplemen memang merupakan satu kemestian bagi saya sejak zaman remaja lagi. Kenapa saya memilih Shaklee sebagai supplemen yang melengkapi hidup saya? Banyak faktor yang mendorong saya sebagai wanita bekerjaya, isteri dan ibu, untuk tetap memilih dan menjadikan supplemen Shaklee sebagai rutin harian saya.

Berkesan, Semulajadi dan Selamat
Sebab mengapa saya memilih Shaklee adalah kerana keyakinan saya untuk memilih yang terbaik untuk diri saya. Saya meyakini Shaklee yang terbaik kerana asas dan prinsip Shaklee sendiri yang sememangnya berkesan, semulajadi dan selamat. Semua itu bukannya sekadar cakap-cakap kosong atau gimik iklan semata-mata. Shaklee telah menjalankan beratus kajian dan menerbitkan jurnal yang menyokong hasil ujian yang mereka telah hasilkan. Sesungguhnya saya tidak silap memilih Shaklee kerana saya tidak akan sanggup membahayakan nyawa saya dengan memilih produk yang belum dijamin selamat dan semulajadi.

Mengorak Langkah Menjadi Ahli
Selain itu, setelah menjadi pengguna selama beberapa bulan, saya telah terbuka hati untuk menjadi ahli. Pada mulanya niat menjadi ahli hanyalah untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Terima kasih kepada mentor saya, iaitu Master Azrin Mohd yang juga merupakan upline saya yang banyak mendorong untuk terus maju dalam bisnes Shaklee ini. Biarpun sebelum ini pelbagai bisnes yang telah saya jalankan saya tidak pernah bertemu dengan bisnes yang hebat seperti Shaklee. Ramai yang berpandangan negatif terhadap MLM. Ya, Shaklee adalah MLM tetapi dalam Shaklee tiada istilah bekerja untuk upline seperti MLM lain yang saya kenali. Shaklee adalah bisnes kita sendiri. Kalau usaha yang berganda, maka hasilnya pun berganda. Dalam keluarga Shaklee seorang downline boleh berkembang  mengatasi uplinenya. Seronok kan? Alhamdulilah, setelah bulan kedua menyertai Shaklee, saya naik rank Supervisor dan layak mendapat insentif berupa tunai daripada pihak Shaklee. Semestinya saya tidak akan berhenti di sini kerana impian saya adalah untuk menjadi surirumah yang bekerja dan menjana pendapatan dari rumah serta dapat menjaga dan mendidik anak-anak.

Badan Sihat Hidup Ceria
Itu cerita ekonomi. Sekarang perubahan positif pada kesihatan saya dan keluarga. Pada mulanya memang agak sukar bagi saya membawa masuk Shaklee ke dalam keluarga saya. Alhamdulilah dengan restu suami, Shaklee telah dapat diterima dengan baik dalam family saya. Perubahan positif yang saya alami sendiri adalah gastrik yang saya alami sebelum ini menjadi semakin baik. Saya mengambil ESP, Mealshakes, Vitalea, B complex, omega guard, alfalfa, herblax, ostematrix dan hampir semua supplemen Shaklee telah saya cuba. Belum ada yang mengecewakan saya. Suami juga turut mengambil set kesihatan lelaki dan alfalfa. Alhamdulilah masalah kesihatan semakin baik dan hidup kami lebih ceria. Tiada lagi risau untuk sentiasa berulang alik ke klinik. Selain kami berdua, bayi kami yang berusia 12 bulan 28 hari, Mieya Izzara juga merasai kehebatan Shaklee. Hal ini kerana saya menyusukan Mieya sepenuhnya dengan susu ibu. Genap setahun, saya memberi Omega guard dan Mealshakes kepada Mieya untuk menjaga tahap kesihatannya agar sentiasa sihat dan membesar dengan cergas dan cerdas.

Kalau diikutkan, seribu satu cerita Shaklee boleh saya karangkan. Kita bertemu dalam entry yang lain pulak. Hubungi saya Pengedar Shaklee anda yang sah dan berpengetahuan tentang supplemen Shaklee:

Puan Mazuin Ahmad
ID 892182
whatsapp/sms ~ 0105922567
COD ~ Sri Aman Sarawak
Pengeposan (Poslaju/Gdex) boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei.

In shaa Allah, saya sedia membantu anda mendapatkan supplemen Shaklee yang anda perlukan. Saya menawarkan khidmat konsultasi berterusan sekiranya anda membeli Shaklee daripada saya. Anda tidak akan menyesal.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan