Kalau ditanya apa yang saya suka dan cinta buat masa sekarang, satu perkara yang sejak dulu amat saya gemari adalah mencuba resepi baru. Saya bukanlah suka sangat memasak, tetapi saya suka mencuba sesuatu yang baru dan boleh dimakan kerana saya amat suka makan :)
Saya paling suka resepi Western food seperti pizza, chicken chop, spaghetti dan sebagainya. Tapi kalau dalam bab mencuba resepi, asalkan tergerak hati nak mencuba maka akan ke kedai lah saya untuk melengkapkan misi saya itu.
Oleh sebab itulah kalau berpeluang menonton Astro, pasti saya akan cari channel masakan. Namun tak sia sia hobi saya menonton channel AFC dan mana-mana rancangan masakan yang lain. Ilmu memasak dan menguruskan dapur dapat saya praktikkan di dapur. Berbaloi jugaklah meluangkan masa memerhatikan Anna Olson membakar kek dan biskut, menghayati Chef Farah Quinn memasak pelbagai menu dari Indonesia yang amat menyelerakan.
Masakan jugalah yang telah membawa Chef Wan hampir ke seluruh pelusuk dunia. Telatah beliau yang lucu amat menghiburkan.
Saya juga suka rancangan masakan realiti seperti Masterchef. Ilmu pembuatan makanan kegemaran Amerika, iaitu Unwrapped banyak memberi pengetahuan tentang sejarah sesuatu makanan yang dihasilkan.
Hobi inilah yang saya amat gemar sejak zaman anak dara lagi. Pelbagai kek dan menu telah saya eksperimenkan hanya kerana cinta pada makanan..hehe..
Terima kasih sebab sudi membaca celotehan saya ini. Jumpa di entry seterusnya ye ♥♥♥
Care
What
Matters
Puan Mazuin Ahmad
0105922567
mazuinak@yahoo.com
Facebook ~ Mazuin Ahmad
Fanpage ~ Momma Mieya's
Tiada ulasan:
Catat Ulasan