Tajuk hari ni betul-betul menguji perasaan yang perasan. Tapi kena buat jugak, kalau tak nanti tak naik darjah..hehe...
3 perkara yang membuat saya bangga dengan personaliti saya?
Saya amat bersyukur kerana dilahirkan dan dijadikan oleh Allah dengan hati yang boleh bersabar. Hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Namun setiap masalah yang dihadapi adalah menjadi tugas kita untuk menilainya. Besarkan Allah, masalah mu akan menjadi kecil.
Saya juga seorang yang mudah beradaptasi dengan persekitaran saya. Mungkin selalu dikelilingi oleh sahabat yang sentiasa bersangka baik dengan orang lain membuatkan saya sukar dan tidak suka untuk memandang kelemahan orang lain. Saya pernah membaca sebuah quotation, pandanglah orang lain itu dengan pandangan bahawa mereka adalah ahli syurga. Walau sejahat mana pun mereka, kita tidak pernah tahu akhiran hidup kita kerana semuanya di tangan Allah. Tugas kita adalah sentiasa berdoa agar akhiran kita adalah yang baik-baik sahaja.
Saya juga seorang yang tidak mudah untuk mengaku kalah. Saya tidak akan berhenti selagi apa yang saya inginkan tercapai. Sekarang saya tengah mengejar target dalam hidup yang akan memberi kesan kepada diri saya dan keluarga. 2014 merupakan masa untuk saya memecut agar target saya akan tercapai. 1.1.2015 merupakan tarikh akhir untuk saya mencapai target saya itu. Semoga semuanya Allah permudahkan kerana saya percaya niat yang suci akan ada jalannya walau sesukar mana. Saya tahu Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan