KENAPA KITA
PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab
utama :-
1. Untuk
memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk
mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya
adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara
praktikal.
MARI KITA
FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid
wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita
masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari.
Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat
beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil
fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari
pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini
bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat
selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin
merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa
hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil
fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa
follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah
satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar
daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang
dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh
sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu
saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil
fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis
hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini
menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin
berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh
sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada
hari 1.
BILAKAH WAKTU
SUBUR?
Setelah anda
faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri
ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu
telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara
tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari
pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT
period – NOT
your previous period)
Tak faham?
Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari =
14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30
hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke
14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah
kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah
berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur
adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period
anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda.
Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu
subur.
CARA LAIN
MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu
subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga
terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan
hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui
kesuburan wanita melalui air kencing wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan