Jumaat, 31 Oktober 2014

Kenapa Nutriwhite Shaklee menjadi pilihan saya?

Sejak kenal Shaklee, saya menjadi semakin jatuh hati dengan pelbagai produknya yang tidak pernah menghampakan saya.

Faktor utama saya memilih Nutriwhite adalah kerana ia bebas Paraben. Sejak mengetahui risiko paraben kepada kesihatan dan kulit, saya menjadi pengguna yang sentiasa menyemak senarai bahan kandungan penjagaan diri saya dan keluarga. Apatah lagi bayi saya Mieya Izzara mempunyai mild eczema yang akan jadi teruk sekiranya terdapat bahan kimia pada produk kegunaannya.

Saya pernah mencuba set Enfuselle dan Nutriwhite. Namun saya lebih sukakan Nutriwhite. Pencuci mukanya yang amat pekat hanya perlu dipicit sedikit sahaja untuk mendapatkan cucian yang sempurna. Sangat menjimatkan. Kulit muka terasa segar dan bersih setiap kali selepas dicuci dan tidak perit.

Selepas mencuci muka, saya akan menggunakan Soothing Radiance Whitening Softener yang bertindak menutup pori-pori muka.

Setelah itu barulah saya menggunakan Ultimate Protection Whitening Lotion yang berfungsi untuk melembabkan kulit wajah saya serta melindungi iaitu bertindak sebagai tabir suria. Jadi saya tidak perlu risau lagi semasa berada di luar dengan cuaca yang panas. Saya yakin kulit muka saya dilindungi sepenuhnya.

Kalau dulu kulit muka saya sangat mudah untuk 'terbakar' dan menjadi gelap walaupun hanya sekejap berdiri di bawah sinaran matahari yang terik. Namun kini tidak lagi. Saya sudah ada perisai yang bukan sahaja berkesan, malah selamat dan Semulajadi. 



Nak merasai kehebatan Nutriwhite seperti saya? Hubungi saya sekarang! Rundingan percuma untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk anda.

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Saya Puan Mazuin Ahmad adalah pengedar sah Shaklee anda yang berada di Sri Aman Sarawak. Walk in dan COD sangat dialukan untuk kawasan Sri Aman dan sekitarnya.

Penghantaran secara poslaju/bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. In shaa Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan