Kalau nak
bercerita tentang kulit muka berjerawat, sayalah antara orang yang patut anda
tanya. Sebab apa? Sejak meninggalkan alam persekolahan menengah, beralih ke
zaman matrikulasi dan universiti, kulit muka saya sudah tidak semulus dulu lagi.
Jerawat mula tumbuh satu persatu bagai dijemput. Keadaan menjadi semakin teruk
apabila saya period. Masa tu saya memang amat mementingkan penjagaan luar kulit
wajah. Saya juga memastikan produk yang saya gunakan berkualiti. Namun apa
masalahnya sehingga kulit muka saya semakin teruk?
Merenung kembali
keadaan pada masa itu, saya dapat membuat kesimpulan bahawa sebenarnya masalah
kulit berjerawat itu berlaku kerana salah saya sendiri. Apa taknya, cara hidup
saya sejak matrikulasi hingga ke universiti memang kurang menitikberatkan
pemakanan yang berkhasiat. Satu lagi, saya juga amatkan sukakan nasi lemak. Kita
sedia maklum apa menu yang terdapat dalam nasi lemak kita di bumi yang bertuah
ini kan. Alhamdulilah, masa itu belum lagi ada isu berat badan. Zaman muda,
metabolisma masih tinggi. Makan banyak pun berat statik je. Kadang-kadang
pernah mencapai di bawah paras ideal. Kenangan J
Hampir 15 tahun
menghadapi masalah kulit berjerawat ini membuatkan saya menjadi pengguna
skincare yang paling rajin membuat eksperimen. Yang pasti, produk yang saya
gunakan adalah berkualiti kerana saya tidak sanggup mengambil risiko kulit muka
saya menjadi semakin teruk.
Pencarian saya
berakhir apabila saya mengenali Shaklee pada November 2011. Set pertama yang
saya gunakan adalah set menurunkan berat badan yang terdiri daripada Cinch
Shake (Vanilla), Herblax dan Lecithin. Pada awalnya saya menjalankan proses
detoks dengan menggunakan Herblax. Perkara penting bagi kita yang baru nak
ambik supplement a.k.a vitamin.
Kenapa detoks
penting dan mengapa Herblax merupakan vitamin yang paling sesuai?
Mungkin kita
tidak menyedari bahawa usus kita selama ini telah kita ‘dera’ dengan menjadi
tempat pengumpulan pelbagai toksin. Saya boleh membayangkan betapa tebalnya
lapisan toksin dalam usus kita yang tidak dapat disingkirkan secara proses
nyahtinjaan. Setelah menjalankan proses detoks, saya memulakan rutin supplement
saya dengan penuh disiplin dan disertai dengan pengambilan air kosong yang
secukupnya. Ini penting untuk memastikan badan saya dapat menjalankan fungsinya semaksima mungkin. dalam masa sebulan saya berjaya menurunkan hampir 3 kilogram. Bonusnya adalah maslah kulit muka saya yang berjerawat semakin berkurangan.
Setelah setahun menjadi Pengedar Shaklee yang sah, mengutip pelbagai pengalaman bersama pelbagai jenis masalah kesihatan customers, saya kini dapat mencadangkan beberapa vitamin Shaklee yang sesuai untuk masalah kulit berjerawat. Seperti yang saya katakan, semua itu cuma cadangan saya sahaja. Untuk memastikan vitamin mana yang terbaik untuk anda, rundingan dan bimbingan percuma akan saya berikan apabila anda menjadi customer saya :)
SUPPLEMENT CADANGAN UNTUK KULIT BERJERAWAT
1) GLA COMPLEX - memulihkan kulit rosak
2) Vita E - menghilangkan parut
3) Vita C – memperkuatkan sistem imun dan menjadikan kulit bebas
jerawat
4) B complex - penyebab jerawat adalah kurang B6
5) Vitalea - chromium membantu menstabilkan
metabolisma gula kerana metabolisma gula yang tak stabil boleh menyebabkan jerawat.
6) Zinc - mengurang & mencegah jerawat,
memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat
7) ESP – membina sel-sel baru
dan memperbaiki sel yang rosak.
BAGAIMANA JADUAL PENGAMBILAN?
EKSKLUSIF UNTUK PELANGGAN SAYA SAHAJA :)
Nak jadi pelanggan saya? Nak penjelasan lanjut? Jangan segan-segan hubungi saya. Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :)
Facebook ~ Mazuin Ahmad
Fanpage ~ Momma Mieya's
Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567
Saya Puan Mazuin Ahmad adalah pengedar sah Shaklee anda yang berada di Sri Aman Sarawak. Walk in dan COD sangat dialukan untuk kawasan Sri Aman dan sekitarnya.
Penghantaran secara poslaju/bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. In shaa Allah.
Penghantaran secara poslaju/bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. In shaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan