Memaparkan catatan dengan label vitalea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitalea. Papar semua catatan

Isnin, 3 April 2017

Pengedar Shaklee Sri Aman : Menangani Rambut Gugur Secara Selamat

Masalah rambut gugur, beruban dan tidak sihat memang memeningkan. Sebelum anda membelanjakan lebih banyak wang untuk rawatan kesuburan rambut, saya amat mengesyorkan agar anda mencuba vitamin Shaklee yang sudah terbukti keberkesanan,  keselamatan dan semulajadi. 


Selain 5 vitamin yang saya cadangkan di atas ini, untuk masalah rambut, anda juga boleh mengambil Vivix. Vivix merupakan vitamin yang menjadi pilihan bagi orang yang tidak suka mengambil banyak jenis vitamin. Dengan sesudu hingga dua sudu makan sehari sudah cukup untuk menjadi tambahan bagi keperluan vitamin anda seharian. 

Nak baca lebih tentang vivix sila Klik di SINI


Anda memerlukan vitamin Shaklee anda?

Hubungi saya sekarang ♥

Pengedar Sah Shaklee anda
Mazuin Ahmad 0105922567 
ID 892182

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

COD area Sri Aman, Sarawak

Penghantaran secara poslaju / bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei.






Jumaat, 5 Jun 2015

Masalah Rambut Gugur selepas bersalin ?

               

 Alhamdulilah, saya bersyukur kerana selepas bersalin terus 'bercinta' dengan Shaklee. Sebab apa? Kawan-kawan lain yang baru lepas bersalin, ramai merungut rambut menjadi semakin nipis sebab masalah keguguran rambut.

Jangan biarkan masalah rambut gugur anda berterusan. Walaupun ia bagaikan perkara biasa yang berlaku bagi ibu selepas bersalin, namun kita mampu mengurangkan dan menanganinya.

Untuk mengatasi rambut gugur selepas bersalin ini, terdapat pelbagai pilihan vitamin Shaklee yang boleh membantu anda.

1) ESP Energising Soy Protein~ unsur protein di dalam ESP membantu menyuburkan rambut dan penghasilan sel-sel baru yang lebih sihat menggantikan sel lama.


2) Shaklee Collagen PowderCollagen banyak membantu dalam kecantikan dan kesihatan, mengekalkan kemudaan, anti-penuaan, mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan.




3) Zinc Complex ~membantu dalam menghasilkan anak rambut yang baru dan mengelakkan kebotakan.





4) B Complex ~ membantu dalam mengurangkan stress yang menyumbang ke arah rambut gugur.


5) GLA Complex ~ membantu dalam mengimbangi hormon dalam badan dan menggalakkan pertumbuhan rambut.


6) Vitalea ~ membekalkan keperluan vitamin dalam badan yang membantu dalam menyuburkan rambut.



Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan rundingan dan pilihan vitamin yang sesuai bajet dan keperluan anda.

Saya, Puan Mazuin Ahmad adalah Independet Distributor (ID 892182). COD boleh dilakukan untuk kawasan Sri Aman serta pengeposan ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Saya menunggu sms/whatsapp anda ke nombor 010-5922567.






Jumaat, 1 Mei 2015

Mengapa Multivitamin Vita-Lea penting kepada anda?

Bulan ni saat yang paling sesuai buat anda yang baru nak berjinak dalam dunia supplements. Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin yang pertama dicipta. Perkataan vitamin sendiri merupakan ciptaan pengasas Shaklee sendiri.

Multivitamin merupakan supplements wajib untuk ibu menyusu dan mengandung kerana mereka memerlukan zat besi dan vitamin yang penting kepada ibu serta untuk tumbesaran anak.

Kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet seharian mereka boleh menyebabkan masalah mudah rasa pitam atau pening kepala.

Selalunya ibu-ibu akan disarankan untuk mengambil makanan laut seperti kerang dan tiram bagi mendapatkan sumber zat besi. Namun begitu, ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut. Selain itu, tahap keselamatan makanan laut itu sendiri juga diragui kerana ancaman perairan atau laut yang semakin banyak tercemar. Pengendalian yang tidak mementingkan kebersihan juga boleh menyebabkan makanan laut itu tercemar. Makanan laut yang segar juga sukar untuk diperolehi dan harganya juga tidak menentu.


Oleh itu, dengan terciptanya Vitalea ini maka akan lebih mudahlah bagi ibu-ibu untuk mendapatkan zat dan Vitamin yang amat diperlukan oleh ibu dan anak pada tahap yang terbaik.

Secara asasnya, vitalea juga diambil bersama vitamin C sustained release dan Vitamin B complex sbagi menyediakan dan memantapkan sistem pertahanan tubuh daripada penyakit.

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda.

Konsultasi berterusan diberikan untuk semua pelanggan saya. Anda juga akan mendapatkan vitamin Shaklee anda pada harga terbaik.

Mazuin Ahmad
ID 892182
Sms/Whatsapp / Call 0105922567

Selasa, 10 Mac 2015

Set Menyusu Shaklee Set Ajaib?


Oleh sebab saya dah selalu berkongsi tentang set menurunkan berat badan Shaklee, jadi kali ni saya nak berkongsi tentang set vitamin ibu menyusu Shaklee.



Set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee ni memang dah terkenal sangat-sangat di Malaysia ni. Memang dah jadi fenomena bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. Alhamdulilah, itu satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa ibu-ibu sekarang semakin ramai yang menyedari kepentingan menyusukan bayi mereka. Saya bersyukur, saya adalah salah seorang daripada insan yang Allah pilih untuk menyusukan bayi saya.

Ramai yang bertanyakan kepada saya, kalau saya ambik set menyusu ni, automatik air susu akan menjadi banyak ke? Saya hanya akan tersenyum sebelum menjawab persoalan ini. Hal ini kerana, sebelum mengambil set vitamin ibu menyusu ini, saya juga pernah menanyakan soalan yang sama. Saya bersyukur kerana dibimbing dengan betul untuk mengambil set vitamin ibu menyusu ini.

Oleh itu, saya suka untuk menegaskan (bukan marah ye...hehe) bahawa vitamin Shaklee ini bukanlah ubat atau tonik ajaib membanyakkan air susu ibu.

Bagaimana vitamin-vitamin ini boleh membantu ibu-ibu menyusu?

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang menyusukan sepenuhnya Mieya Izzara dan dalam masa yang sama bekerjaya sebagai guru, bagi saya pengambilan set vitamin ibu menyusu ini banyak membantu dalam kehidupan saya seharian. Setelah mengambil set vitamin ini, saya cuba senaraikan kesan positif yang saya sendiri rasai :


  • Saya berasa sangat bertenaga dan ceria walaupun pelbagai tugas dan tanggungjawab saya laksanakan sepanjang hari. 
  • Gastrik yang saya alami sejak zaman anak dara lagi sudah semakin pulih dan hampir tiada.
  • Masalah kulit muka berjerawat (dari zaman universiti lagi) sudah sembuh :)
  • Berat badan tidak lagi cepat naik walaupun sangat suka makan.
  • Masalah Asthma semakin pulih.
  • Bekalan air susu buat Mieya Izzara masih ada dan mencukupi (bayi saya berusia 13 bulan 18 hari)
Namun begitu, untuk memastikan pengambilan vitamin ibu menyusu Shaklee ini efektif, saya juga melakukan rutin-rutin seperti di bawah :

  • Minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari tanpa culas. Kalau kurang, saya mudah diserang sakit kepala.
  • Sentiasa cergas beraktiviti.
  • Pam mengikut masa dan jangan tunggu sehingga Miss B bengkak baru nak pam. (saya lakukan sehingga Mieya berusia 6 bulan kerana sekarang saya hanya direct feeding sahaja. Anak kesayangan saya itu menolak botol susu)
  • Makan mengikut masa yang teratur dan mencukupi. 
  • Berzikir, amalan rohani meminta keampunan dan keredhaan Allah agar sentiasa diberikan kekuatan dan peluang untuk menyusukan Mieya Izzara sehingga dia berusia 2 tahun 6 bulan. \
  • Sentiasa positif walaupun pelbagai dugaan atau cabaran hidup.
Kalau semua itu dah dilaksanakan, in shaa Allah bekalan susu ibu untuk bayi kita akan sentiasa mencukupi. Jangan stress tengok stok susu ibu orang lain sampai penuh fridge. Yang penting, mencukupi dan perkembangan bayi kita dalam paras normal dan sihat. 


Nak penjelasan lanjut? Jangan segan-segan hubungi saya. Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :) 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

https://vimeo.com/110706388

Saya Puan Mazuin Ahmad adalah pengedar sah Shaklee anda yang berada di Sri Aman Sarawak. Walk in dan COD sangat dialukan untuk kawasan Sri Aman dan sekitarnya.

Penghantaran secara poslaju/bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. In shaa Allah.




Jumaat, 13 Februari 2015

Selamatkah bahagian intim anda?

Anda merupakan pengguna pencuci bahagian intim wanita? Perkongsian ini sekadar maklumat untuk pengetahuan kita bersama. Saya dah lama tak guna pencuci itu sebab ragu-ragu akan mengganggu pH semulajadi kawasan tersebut dan memberi peluang bakteria untuk membiak.


Sekiranya anda mengalami keputihan, anda bolehlah mengamalkan vitamin Garlic Complex yang berfungsi sebagai anti-bakteria dan memperkuatkan sistem imun anda di samping vitamin asas seperti B Complex,  Vitalea Iron Complex dan Vitamin C. Anda juga dinasihatkan mengamalkan Alfalfa Complex yang bertindak menjaga kesihatan anda dan digelar pengguna Shaklee sebagai Kacip Fatimah moden.


Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda dengan pelbagai keistimewaan yang lain seperti FREE GIFT, FREE CONSULTATION dan sebagainya.

Shaklee Independent Distributor Pro,

Pn. Mazuin Ahmad
Whatsapp 010.592.2567

Jumaat, 6 Februari 2015

Multivitamin menggemukkan?

Saya makan vitaman lama dah. Sejak umur awal 20an. Masa tu beli dari farmasi je. Setiap kali berkunjung ke Kuching saya pasti akan ke  Farmasi Guardian, sehinggakan anak saudara saya akan ingat nama saya apabila tengok farmasi Guardian.  Begitu sinonimnya saya dan Guardian :)

Saya cuma makan Evening Primrose oil masa tu sebab bagus untuk kulit dan period. Saya makan untuk beberapa tahun jugaklah, namun tiada kesan yang memberangsangkan. Masa tu memang tak berani nak ambik multivitamin kerana pendapat yang glamer masa tu ialah makan multivitamin nanti selera makan bertambah dan jadi gemuk.

Sekarang saya konsisten ambik multivitamin Shaklee iaitu Vitalea yang merupakan vitamin terawal diciptakan oleh Dr. Shaklee. Alhamdulilah berat saya tak naik pun.

Nak kawal berat badan atau nak menurunkannya, ambik Vitalea 2 biji. Jangan lupa minum air kosong secukupnya. Jangan biarkan sel-sel badan anda haus dan salah faham pulak dengan rasa lapar. Itu yang makan sampai tak ingat dunia.


Nak tambahkan Vitalea dalam diet anda? Hubungi saya Sekarang untuk mendapatkan vitamin anda. Nanti saya share jadual makan vitamin untuk hasil yang supervision.

Pengedar Sah Shaklee anda

Puan Mazuin Ahmad
010 5922567

Sabtu, 8 Mac 2014

Vitamin Kesuburan Shaklee untuk Lelaki dan Wanita

Apa itu vitamin kesuburan Shaklee? Bagaimana vitamin dapat membantu dalam mengatasi masalah kesuburan yang banyak membelenggu pasangan - pasangan berkahwin sekarang ini. Kita harus menerima hakikat bahawa kita kini hidup dalam persekitaran yang mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit dan sekaligus merisikokan kita dengan pelbagai masalah.

Bersyukurlah sekiranya kita tidak mengalami masalah kesuburan ini. Cubalah memahami individu yang mengalami dilema ini. Kerana sesungguhnya ia adalah ujian buat kita semua. Namun kita tetap harus berusaha dan salah satu usaha yang boleh kita lakukan adalah dengan mengambil vitamin untuk kesuburan Shaklee.





Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?

Vitamin Asas

Adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vitamin Kesuburan

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(5)Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).


Pengambilan vitamin hendaklah konsisten kerana vitamin bukan ubat dan ia mengambil masa untuk memperbaiki sel-sel kita yang telah lama rosak, sekurang-kurangnya dalam tempoh 90 hari.

Namun begitu, setelah berusaha dengan mengambil supplements, kita hendaklah juga mengharapkan agar usaha kita diberkati dan dimakbulkan Allah dengan tidak berhenti berdoa dan melakukan solat hajat menunjukkan kesungguhan kita.


p.s. MAKLUMKAN KEPADA SAYA SEKIRANYA ANDA PESAKIT THALASEMIA ATAU LAIN-LAIN ALAHAN UNTUK MEMUDAHKAN PEMILIHAN VITAMIN YANG SESUAI DILAKUKAN :)

Nak penjelasan lanjut? Jangan segan-segan hubungi saya. Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :) 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Saya Puan Mazuin Ahmad adalah pengedar sah Shaklee anda yang berada di Sri Aman Sarawak. Walk in dan COD sangat dialukan untuk kawasan Sri Aman dan sekitarnya.

Penghantaran secara poslaju/bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. In shaa Allah.