Kisah kasih saya bersama Shaklee adalah kisah yang paling indah sepanjang saya menceburkan diri dengan Shaklee.
Melalui Shaklee saya kenal ramai orang. Dulu saya cuma berkawan dengan rakan sekerja dan kawan-kawan zaman persekolahan. Walaupun cuma dalam Facebook. Kini saya lebih terbuka untuk berkawan dengan lebih ramai orang.
Dalam Shaklee, saya berpeluang mengenali dan mengukuhkan ukhwah dengan sahabat yang jauh dan dekat. Kalau dulu, rakan saya yang duduk sama di Sri Aman pun tidak saling mengenali. Selepas hampir 2 tahun aktif menjalankan bisnes Shaklee, saya semakin ramai kawan yang terdiri daripada rakan SID dan pengguna Shaklee.
Dengan Shaklee jugak saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih positif. Walaupun seberat mana dugaan dalam hidup, haruslah ditempuhi dengan sabar dan sentiasa bersangka baik kepada Allah Taala. Semua perkara dalam hidup bersifat sementara. Masalah akan berlalu, begitu juga dengan masa gembira. Jadi hargailah setiap saat itu dan bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bernafas.
Dalam Shaklee kami dididik agar mempercayai bahawa rezeki itu dari Allah. Andai memang rezeki kita, tiada siapa atau apa pun akan dapat mengambilnya daripada kita selain dengan izin Nya. Oleh itu, tiada timbul isu cantas mencantas dalam susur galur keluarga Shaklee kami. Malah kami sentiasa membantu antara satu sama lain kerana kami percaya, hari ini kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita.
Kami dinaungi oleh upline a.k.a Mentor yang hebat-hebat belaka.
Master Norita ~ PM Cery ~ Master Lyna Noh ~ Master Hadhatina ~ Master Azrin Mohd
Hebatnya mereka kerana walaupun sudah berjaya, namun tidak pernah lelah menunjuk ajar kami agar kami turut berjaya seperti mereka.
Hendak sertai keluarga Shaklee kami yang hebat?
Hubungi saya sekarang
Puan Mazuin Ahmad Kiprawi
010-5922567
mazuinak@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan