Rabu, 2 Julai 2014

Pengalaman Kedua yang sangat indah

Cinta hati mama & babah


Alhamdulilah. ..Diberi rezeki dan kesempatan oleh yang maha Pemberi untuk merasa berpuasa dan hamil buat kali kedua. Awal lagi dah pasang niat dan berdoa agar dapat berpuasa penuh tahun ini. Semoga diberikan kekuatan dan kudrat untuk menyempurnakan segala ibadat.

Mengandung kali ini memang banyak bezanya. Alhamdulilah lebih sihat dan bertenaga berbanding ketika mengandungkan Mieya Izzara dulu. Tidak pernah saya menyesal kerana mengenali dan jatuh cinta dengan Shaklee. Walaupun mengalami alahan,  namun tidak seteruk dahulu. Saya masih dapat makan makanan lain untuk menggantikan pengambilan nasi yang saya masih jarang dapat saya telan.

Paling seronok apabila paras Hb dah semakin cantik. Sejak zaman anak dara, paling cantik hb pun 11.0 dan selalu kena reject bila nak derma darah...huhuhu... Check kali pertama, hb 12.7...tersangatlah happy. Memang nurse tu hairan kenapa lah ibu ni senyum-senyum sorang.

Awal hamil ambik 2 biji Vitalea dan 2 biji B complex. ESP dan mealshakes sarapan wajib. Ostematrix ambik sebelum tido. Ada orang tanya saya, rajinnya telan vitamin macam-macam jenis. Jawapan saya, inilah pengorbanan seorang ibu. Masa inilah saya mengenang jasa dan kasih sayang ibu saya :') Dengan selera makan tak menentu, saya kena mencukupkan keperluan zat saya, Mieya dan my unborn child sewajarnya. Pilihan saya adalah Shaklee. Pengalaman dengan Mieya, saya cuma ambik vitamin yang hospital bekalkan. Paras hb saya memang pada paras bahaya. Dengan alahan yang teruk :(

Alhamdulilah..kali ini semuanya dimudahkan olehNya. Semoga saya berjaya puasa penuh tahun ini. Amin.

Nak cergas dan sihat semasa hamil seperti saya?
SMS/Whatsapp saya sekarang. Nak call pun boleh.

Mazuin Ahmad
010-5922567

Saya jual Shaklee & Pengamal Tegar Shaklee.

I Love Shaklee no matter what :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan