Balik dari sekolah tadi saya terus ke klinik untuk rutin scan. Alhamdulilah semuanya dalam keadaan yang baik dan menyenangkan. Baby pun membesar seiring masa dan usianya. Semoga perjalanan 4 minggu lagi akan dimudahkan olehNya.
Throwback aktiviti semalam dan hari sebelumnya. Sekolah saya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan. Terselit jugak sesi airmata apabila Cikgu Emmet Fayzal menyajikan video tentang salah seorang murid kami yang dah jadi viral di dunia maya kerana post beliau. Kisahnya boleh anda baca di sini. Naluri keibuan saya memang tersentuh apabila melihat anak sekecil itu sudah mula berdikari. Tak sanggup saya nak membayangkan sekiranya Mieya di tempat anak kecil itu..huhuhu....
Itulah realiti kami sebagai warga pendidik sekolah berasrama. Masih teringat ketika saya menjadi warden dan guru Tahun 1. Walaupun dikenali sebagai cikgu yang garang, murid-murid kecik ni selalu curi-curi memeluk saya semasa di dalam kelas. Saya amat sedih dan faham perasaan mereka yang rindukan ibu mereka yang hanya mereka temui hujung minggu nanti.
Lysianna bersama ibu bapa dan Guru Besar SK Melugu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan