Rabu, 5 Ogos 2015

35 bulan....Titisan emas buat puteri dan puteraku...

Terbuka hati nak share cerita sepanjang saya berkecimpung dalam dunia breastfeeding. Teringat pengalaman mengepam susu di tempat kerja. Masa menyusukan Mieya Izzara dulu, port mengepam saya adalah bilik kelas Pemulihan yang digunakan oleh Cikgu Uka. Sangat selesa walaupun kena sembunyi sebab kadang-kadang masa free saya bertembung dengan kelas pemulihan. Sangat menghargai sokongan daripada kak Uka masa tu. 

Sekarang saya dah ada port baru dan ada geng mengepam lagi tu. Seronok sangat sebab adik ni teman sekerja saya dan sangat kuat semangatnya untuk fully breastfeeding  bayinya. Sambil mengepam macam-macam cerita kami kongsikan. Yang pasti saya mengepam pada masa free saya dan menggunakan pam yang beroperasi dengan  bateri.

Sejak ada geng mengepam ni semakin seronok dunia breastfeeding  ni. Kami selalu berkongsi ilmu breastfeeding  kerana nak buat apa-apa pun kena ada ilmu. Yang bestnya kami sama-sama makan Shaklee!

Mieya Izzara ~ Puteri hati mama

Alhamdulilah...rezeki daripadaNya

Rayyan Bazil ~ Putera hati mama

Nak dapatkan tips breastfeeding  untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun dan lebih, boleh hubungi saya sekarang.

Saya pengedar sah Shaklee  dan pengguna tegar serta setia vitamin  ini.

Mazuin Ahmad
0105922567 (WhatsApp  only)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan