Sabtu, 8 Ogos 2015

Penyakit Kencing Tikus: Info yang anda wajib tahu!

APA ITU PENYAKIT KENCING TIKUS?

Ia merupakan penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui air kencing haiwan yang dijangkiti.
Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.

Pada mulanya bakteria ini dikenalpasti berpunca daripada tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan yanh boleh menjadi perumàh bakteria ini, sama ada liar atau haiwan peliharaan.

SIMPTOM-SIMPTOM  

♧ muntah
♧ diarrhoea
♧ ruam
♧ jaundice
♧ sakit abdomen
♧ mata merah
♧ demam panas
♧ sakit kepala
♧ sakit sendi
♧ menggigil

BAGAIMANA MENCEGAH DARIPADA TERKENA KENCING TIKUS?

♤ Elakkan berkunjung ke kawasan air bertakung
♤ Simpan makanan atau minuman dengan baik
♤ Cuci tangan dengan sabun sebelum makan
♤ Menjaga kebersihan sekeliling
♤ Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar
♤ Tingkatkan imun sistem tubuh.

KOMPLIKASI PENYAKIT KENCING TIKUS  

! Meningitis
! Penyakit salur pernafasan
! Kegagalan hati
! Kerosakan buah pinggang
! Kematian

BAGAIMANA JIKA SAYA TELAH DIJANGKITI?

Jika anda atau orang yang anda sayang menunjukkan simptom-simptom penyakit kencing  tikus, segeralah mendapatkan rawatan doktor.

BERAPA LAMA UNTUK SEMBUH?

Ia mungkin mengambil masa beberapa hari hingga ke 3 minggu dan boleh berlanjutan lebih lama sekiranya tidak dirawat dengan betul. Ia boleh berpanjangan sehingga beberapa bulan.

Tingkatkan sistem imun badan anda dengan Shaklee.



Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma dan bimbingan berterusan sepanjang pengambilan produk.

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's



Whatsapp ~ 010 5922567

Tiada ulasan:

Catat Ulasan