Isnin, 24 Ogos 2015

Catatan Perjalanan Penyusuan Susu Ibu

Throwback hari Jumaat:

Sebenarnya appointment  Rayyan Bazil untuk check 8 bulan adalah pada 14 Ogos 2015. Mamanya pulak sibuk dengan UPSR, sampai lupa tarikh...huhuhu

Pada 21 Ogos 2015 mama pun bawaklah Rayyan untuk timbang berat. Alhamdulilah. Beratnya bertambah jugak walaupun tak sampai 1kg. Nurse kata normal bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya.

Lagipun Rayyan dah semakin tinggi. Hehehe..sibuk dah nak berjalan...cepat sangat anak bujangku ini nak berjalan. Kakak Mieya umur setahun 1 bulan baru start nak berjalan.

Masa check  hari tu sempat lagi nurse bagi tahu, mama dipilih jadi Rakan Penyokong Penyusuan Susu Ibu. Nurse kata mama antara ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Walaupun  pengalaman mama masih baru lagi dalam dunia breastfeeding  ni, namun mama tetap happy dapat membantu ibu-ibu lain dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Mama pun masih banyak benda kena belajar. Seronok je nak kongsi dengan rakan-rakan ibu lain. Sebab mama tahu, dunia breastfeeding  ni bukannya mudah. Tanpa sokongan suami dan orang sekeliling memang sukar nak menjalankan misi ni.

Mama memang pengamal tegar Shaklee. Dengan izin Allah dan asbab Shaklee jugak mama dapat meneruskan misi penyusuan sehingga 3 tahun (bulan 9 genap 3 tahun) untuk kakak Mieya Izzara si cantik mama.

Anak-anak syurga mama


Nak dapatkan konsultasi tentang penyusuan & Shaklee,
hubungi je saya ye.

Puan Mazuin Ahmad
010 5922567 (WhatsApp  only)
Email : mazuinak@yahoo.com
Facebook  : Mazuin Ahmad
Fan page  : Momma Mieya's

2 ulasan:

  1. alhamdulillah...
    tahniah dapat menyempurnakan syariat Islam - breastfeeding anak sampai sekurang2nya 2 tahun. :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah...diberi peluang olehNya merasai nikmat menjadi ibu :)

    BalasPadam