Isnin, 7 Disember 2015

DIABETES... KENCING MANIS... Macam mana diabetes boleh terjadi?

Diabetes ada 2 jenis:

Type 1 : apabila sel badan tak boleh menghasilkan insulin.

Type 2 : apabila sel badan tidak kenal insulin

Insulin umpama "kunci" untuk membuka pintu kepada gula (glukos) nak masuk ke dalam sel kita. Sel kita memerlukan gula sebagai makanan dia. 

Insulin akan kawal kadar kemasukan gula ke dalam sel. Apabila sel dah cukup keperluan gulanya, insulin akan mengunci pintu sel jadi gula tak boleh masuk lagi. Kalau kita makan lagi banyak gula, sel dah cukup gula dah, gula tu akan berada dalam darah. Oleh itu makan berpada-pada, jangan ikut nafsu.

Bagi pengidap diabetes, yang Type 1, badan dia memang tak boleh menghasilkan insulin, ataupun insulin yang dihasilkan tak cukup. Umpama bilik ada 15 tapi kunci ada untuk 5 bilik je. 5 orang je boleh masuk, lagi 10 orang berlegar-legar kat luar. Apa jadi bila kena berlegar di luar? penat, letih, pitam. Macam itulah apabila gula tak boleh masuk dalam sel kita, tapi berlegar-legar dalam salur darah kita... ia akan menjadi tak seimbang.

Yang Type 2 pulak terjadi apabila bilik 15, kunci pun 15 tapi silap kunci. Patut nak buka bilik guna kunci bilik tapi dia pergi bagi kunci kereta... mana nak boleh dibuka. Jadi, sama macam orang tak boleh masuk ke dalam bilik (gula tak boleh masuk ke dalam sel).



Keadaan-keadaan ini akan membuat kadar gula dalam darah kita jadi tinggi! Apabila gula dalam darah tinggi, macam-macam masalah kesihatan akan berlaku, contohnya:-
- pandangan kabur
- gangguan berat badan
- jangkitan pada kulit
- luka lambat sembuh

Oleh itu jagalah kesihatan ye... Jaga makan, jaga aktiviti, jaga ibadah... jangan biar dah sakit baru nak jaga. Jaga dari sekarang. Makan vitamins jangan culas!

Nak dapatkan Shaklee boleh hubungi saya ye!

Mazuin Ahmad Kiprawi
ID 892182
010 5922567 (WHATSAPP  sahaja)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan