Khamis, 25 Mei 2017

7 SEBAB INCENTIVE TRIP SHAKLEE BEST GILA ( SEBAB #2)


#2 Jujur Nak Bagi Reward, Bukan Acah-Acah Tapi Kedekut Sebenarnya

Satu masalah Incentive Trip Shaklee ni; kalau tak 5-star, tak sah. Daripada hotel, sampai lah ke makan, semuanya Shaklee nak bagi kita yang The Best.

Macam baru-baru ni ke Jepun, mereka duduk 3-malam di Imperial Hotel Tokyo; antara hotel tertua & mewah ni Jepun. Dibina sekitar 1880-an, Imperial Hotel Tokyo ni tempat Maharaja Jepun bawa tetamu untuk bermalam. Juga tempat artis & delegasi diplomatik kehormat duduk. Tak ke dahsyat tu?

Lagi best, hotel ini terletak di Ginza (ala-ala macam Bukit Bintang - KLCC kita). Senang jalan-jalan shopping bila ada masa lapang.

Berapa harga satu malam? RM2,000 semalam. Dan perlu booking 6-bulan lebih awal kalau nak duduk ramai-ramai macam mereka ni. 6-bulan tau, bukan 6-hari. Punya lah hot hotel ni.

Masa ke Orlando USA untuk Global Conference tahun lepas, mereka bermalam di Gaylord Palm Resort. Resort ni punya lah best, siap ada water park & indoor jogging track. Siap ada buaya (alligator) lagi di taman mini mereka. Malaysia atau Singapura pun belum ada hotel sebegini. Sangat unik, kan?

Kalau setakat 5-star rangkaian antarabangsa macam Hilton, Pullman, Mariott & Conrad tu memang biasa sangat dah. Contohnya Hilton Park Lane di London, Pullman Montparnasse di Paris, Mariott Long Beach di California & Conrad Bophorus di Istanbul.

Tu baru hotel, kita tengok bab makanan pula.

Shaklee memang sediakan makanan sepanjang perjalanan. Siap diberikan snek lagi kalau perjalanan tu lama sangat. Contohnya semasa mereka ke Snow Wall di Tateyama tempoh hari. Sampai saja di bas, mereka diberikan snek sebelum sampai ke hotel untuk makan malam. Punya lah Shaklee taknak kita lapar.

Eh kejap. Memang tak sempat nak lapar pun!

Dan makanan yang mereka sediakan, bukan calang-calang. Bagi yang dah biasa travel, menu makanan mereka bukan juga asyik kebab, falafel atau shawarma saja tau. Semestinya bukan setakat €5 punya hidangan.

Macam trip Shaklee Jepun ni, mereka dihidangkan dengan Kaiseki Dinner atau fine-dining Japan. Bagi yang belum tahu, Kaiseki adalah hidangan paling top di restoren tradisional Jepun. Ianya sangat mahal, ¥15,000 hingga ¥40,000 satu kepala. Bersamaan RM575 hingga RM1,535 setiap orang.

Boleh bayang berblanja RM1,000 sekali makan?

Dan bukan sekali, tapi beberapa kali mereka dijamu menu Kaiseki ni. Sewaktu mereka di Tokyo pula, Shaklee belanja multi-course crab menu. Daripada ketam sushi, ketam rebus, ketam masak sampai lah ke ketam goreng. Fuh, punya lah banyak jenis masakan ketam orang Jepun ni. ¥7,000 hingga ¥10,000 seorang kalau lepas 4pm.

Oh ya, admin ada beritahu belum?

Salah satu desert yang mereka makan ada ditabur emas. Ya, emas tulen! Kita di sini sibuk guna emas sebagai pelaburan, mereka di sana setakat makan untuk desert saja. Adui. 




Terakhir, kalau Shaklee tak sempat nak belanja makan; contohnya waktu mereka shopping di Premium Outlet atau tengah enjoy dalam Disneyland, Shaklee bagi duit poket buat belanja makan. Nampak tak, betapa Shaklee jujur nak reward pengedar mereka?

Jangan tak tahu, duit makan yang Shaklee bagi biasanya banyak sangat sampai boleh buat shopping tau. Dah habis belanja pun ada yang bawa balik lebihan duit tu ke Malaysia. Tak pasal-pasal dapat free CASH. Oh My Shaklee...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan