Memaparkan catatan dengan label Vitamin untuk kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin untuk kulit. Papar semua catatan

Ahad, 14 Jun 2015

Bukan bacaan untuk orang yang tak nak kulit cantik dan gebu

Kalau dulu, tengok wanita dengan kulit halus dan gebu, saya pasti akan berasa cemburu dan berfikir, bertuahnya dia. Saya sendiri seorang yang amat menitikberatkan penjagaan kulit wajah saya. Mungkin dah rezeki saya, masuk saja tahun kedua pengajian di Unimas, saya mengalami masalah kulit muka berjerawat. Hilang dah kehalusan dan kegebuan kulit semasa zaman sekolah menengah. Cara hidup di kampus yang kurang tidur dan makan tidak dikawal menyumbang kepada berlakunya masalah kulit saya ini. Masalah kulit berjerawat saya alami bertahun lamanya dan dalam masa itu pelbagai produk telah saya cuba.

Alhamdulilah, Allah gerakkan hati saya untuk mengenali Shaklee. Awalnya ambik set penurunan berat badan, iaitu Herblax, Cinch Shake dan Lecithin. Alhamdulilah kesannya menyeluruh. Bukan setakat berat turun dalam 2 hingga 3 kg sebulan, saya juga perasan kulit muka saya dah tak seteruk dulu lagi. Jerawat semakin berkurangan dan semakin gebu. Hebat jugak Shaklee ini. Bukan setakat selamat dan semulajadi, berkesan lagi!

Sekarang, apabila melihat orang yang mengalami masalah kulit, mesti hati berdetik, aku faham perasaan itu. Kadang-kadang rasa nak je hulur flyer Shaklee.

Testimoni yang berjaya dapat kulit gebu dan cantik





Ada kekangan bajet?

Hubungi saya sekarang untuk rundingan. Anda layak mendapat E Book secara percuma.

COD adalah untuk kawasan sekitar Sri Aman. 

Penghantaran secara Poslaju ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Jangan biarkan masalah anda berlarutan.

Facebook ~ Puan Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp ~ 010 5922567

Rabu, 3 Jun 2015

VITAMIN UNTUK KULIT MUKA BERJERAWAT




Kalau nak bercerita tentang kulit muka berjerawat, sayalah antara orang yang patut anda tanya. Sebab apa? Sejak meninggalkan alam persekolahan menengah, beralih ke zaman matrikulasi dan universiti, kulit muka saya sudah tidak semulus dulu lagi. Jerawat mula tumbuh satu persatu bagai dijemput. Keadaan menjadi semakin teruk apabila saya period. Masa tu saya memang amat mementingkan penjagaan luar kulit wajah. Saya juga memastikan produk yang saya gunakan berkualiti. Namun apa masalahnya sehingga kulit muka saya semakin teruk?

Merenung kembali keadaan pada masa itu, saya dapat membuat kesimpulan bahawa sebenarnya masalah kulit berjerawat itu berlaku kerana salah saya sendiri. Apa taknya, cara hidup saya sejak matrikulasi hingga ke universiti memang kurang menitikberatkan pemakanan yang berkhasiat. Satu lagi, saya juga amatkan sukakan nasi lemak. Kita sedia maklum apa menu yang terdapat dalam nasi lemak kita di bumi yang bertuah ini kan. Alhamdulilah, masa itu belum lagi ada isu berat badan. Zaman muda, metabolisma masih tinggi. Makan banyak pun berat statik je. Kadang-kadang pernah mencapai di bawah paras ideal. Kenangan J

Hampir 15 tahun menghadapi masalah kulit berjerawat ini membuatkan saya menjadi pengguna skincare yang paling rajin membuat eksperimen. Yang pasti, produk yang saya gunakan adalah berkualiti kerana saya tidak sanggup mengambil risiko kulit muka saya menjadi semakin teruk.

Pencarian saya berakhir apabila saya mengenali Shaklee pada November 2011. Set pertama yang saya gunakan adalah set menurunkan berat badan yang terdiri daripada Cinch Shake (Vanilla), Herblax dan Lecithin. Pada awalnya saya menjalankan proses detoks dengan menggunakan Herblax. Perkara penting bagi kita yang baru nak ambik supplement a.k.a vitamin.
Kenapa detoks penting dan mengapa Herblax merupakan vitamin yang paling sesuai?

Mungkin kita tidak menyedari bahawa usus kita selama ini telah kita ‘dera’ dengan menjadi tempat pengumpulan pelbagai toksin. Saya boleh membayangkan betapa tebalnya lapisan toksin dalam usus kita yang tidak dapat disingkirkan secara proses nyahtinjaan. Setelah menjalankan proses detoks, saya memulakan rutin supplement saya dengan penuh disiplin dan disertai dengan pengambilan air kosong yang secukupnya. Ini penting untuk memastikan badan saya dapat menjalankan fungsinya semaksima mungkin. dalam masa sebulan saya berjaya menurunkan hampir 3 kilogram. Bonusnya adalah maslah kulit muka saya yang berjerawat semakin berkurangan. 

Setelah setahun menjadi Pengedar Shaklee yang sah, mengutip pelbagai pengalaman bersama pelbagai jenis masalah kesihatan customers, saya kini dapat mencadangkan beberapa vitamin Shaklee yang sesuai untuk masalah kulit berjerawat. Seperti yang saya katakan, semua itu cuma cadangan saya sahaja. Untuk memastikan vitamin mana yang terbaik untuk anda, rundingan dan bimbingan percuma akan saya berikan apabila anda menjadi customer saya :)

SUPPLEMENT CADANGAN UNTUK KULIT BERJERAWAT

1) GLA COMPLEX - memulihkan kulit rosak

2) Vita E - menghilangkan parut

3) Vita C – memperkuatkan sistem imun dan menjadikan kulit bebas jerawat

4) B complex - penyebab jerawat adalah kurang B6

5) Vitalea - chromium membantu menstabilkan metabolisma gula kerana metabolisma gula yang tak stabil boleh menyebabkan jerawat.

6) Zinc - mengurang & mencegah jerawat, memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat

7) ESP – membina sel-sel baru dan memperbaiki sel yang rosak.

8) SCP – memperbaiki struktur sel kulit secara menyeluruh dan menjadikannya cerah serta   ton sekata.

BAGAIMANA JADUAL PENGAMBILAN?

EKSKLUSIF UNTUK PELANGGAN SAYA SAHAJA :)






Nak jadi pelanggan saya? Nak penjelasan lanjut? Jangan segan-segan hubungi saya. Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :) 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Saya Puan Mazuin Ahmad adalah pengedar sah Shaklee anda yang berada di Sri Aman Sarawak. Walk in dan COD sangat dialukan untuk kawasan Sri Aman dan sekitarnya.

Penghantaran secara poslaju/bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. In shaa Allah.