Didaftarkan keahlian Shaklee oleh Upline saya Puan Azrin Mohd pada 22 November 2012. Dua bulan selepas saya habis berpantang melahirkan cinta hati kami, Mieya Izzara binti Razis (23.09.2012).
Alhamdulilah saya bersyukur dipertemukan dan 'dijodohkan' dengan group OSF ~ Our Shaklee Family yang seperti sebuah keluarga dan dipimpin oleh Puan Azrin Mohd. Kami sentiasa bersama dalam suka dan duka. Tiada istilah dengki dan iri hati, semuanya kami tukarkan menjadi cas positif untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik.
Walau pun kami hanya kenal di alam maya, namun silaturrahim antara kami tetap terjalin tanpa batasnya. Berbual di Facebook, Whatsapp dan We Chat, bertanya khabar, coaching dan bergurau mesra seolah-olah sebuah keluarga yang besar. Saling memotivasi, menghargai pencapaian satu sama lain. Kerana dalam Shaklee siapa yang rajin dialah yang akan maju. Hati kena kuat, kerana seperti mana-mana perniagaan yang lain, pasti ada pasang dan surutnya. Jangan rebah, tapi teruskan melangkah. Sabar itu indah, buahnya amatnya manis. Allah tidak menguji kita di luar kemampuan kita.
Terlalu banyak yang positif dalam hidup saya setelah menyertai Shaklee. Selain keadaan ekonomi keluarga yang semakin baik, kesihatan saya semakin menggembirakan, saya juga mengenal Allah dan akhirat dengan lebih baik dan rapat.
Anda ingin menyertai kami? Kecil screen ini,seantero dunia saya tadahkan. Jangan ragu-ragu lagi. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Bersama kita menjalani dunia untuk saham kita di dunia yang abadi.
Klik Jadi Ahli Shaklee untuk maklumat lanjut ye.
pm saya di fanpage Momma Mieya's
atau boleh add friend saya Mazuin Ahmad
Ahlan Wa Sahlan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan