Sabtu, 14 Disember 2013

Day 7 ~ A book I'd recommend

Saya sangat suka membaca kerana dari kecil sudah biasa melihat arwah bapa yang selalu ditemani buku. Saya akan membaca apa saja bahan bacaan yang menarik minat saya. Pilihan saya berubah mengikut perkembangan umur dan kepentingan. Kalau dulu saya amat meminati majalah hiburan dan novel, namun sekarang saya lebih terarah untuk membaca bahan yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan ilmu keusahawanan. Saya ingin mencontohi mantan perdana menteri kita yang disegani dunia, iaitu Tun Dr. Mahathir yang amat minat membaca dan berilmu.

Buku yang pernah saya baca dan masih saya baca sampai sekarang adalah hadiah ulang tahun saya ke 26 tahun daripada abang ngah saya, Mr. Zaffeer Ahmad Kiprawi.  Terima kasih abang ngah.


Kenapa saya amat menggalakkan untuk membaca buku ini? Dalam buku ini terdapat ilmu yang amat berguna khasnya untuk yang baru mula bekerja.


Tajuk pun dah best kan? Beli dan baca lah sekarang :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan