Banyak - banyak tempat yang saya pernah pergi, saya paling suka Brunei Darussalam.
Selain tempat yang bersih, Brunei jugak amat menenangkan. Mungkin kerana landskap yang menarik dan hijau.
Saya berkunjung ke Brunei pada tahun 2000, iaitu semasa masih menuntut di Unimas kerana menyertai program Kembara Siswa.
Kali kedua adalah pada tahun 2005 bersama keluarga tercinta.
Banyak tempat menarik yang kami kunjungi. Namun sayangnya gambar yang diambik semasa lawatan itu hilang entah ke mana.
2014 ~ semoga impian kami bertiga akan terlaksana untuk berkunjung ke Brunei. Nak pusing satu Brunei sepuasnya dan ambik gambar banyak-banyak.
Masjid-masjid di Brunei memang sangat cantik dan tersergam indah. In shaa Allah satu hari nanti akan berpeluang untuk solat dalam masjid yang indah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan