Ahad, 21 April 2013

Set Menyusu Shaklee



Pengalaman mengandungkan Mieya Izzara merupakan kenangan paling manis dalam hidup saya sebagai seorang wanita. Walaupun mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilan, namun ia tidak pernah melunturkan niat saya untuk menyusukan Mieya Izzara secara exclusive sehingga MI berusia 2 tahun. Itulah niat yang saya tanam sejak hari pertama mengetahui tentang kehamilan saya ini. Hanya yang terbaik untuk MI..

Namun sebagai ibu baru, saya cukup naif dalam hal penyusuan. Meskipun banyak membaca namun pengalaman sebenar adalah amat berbeza. Cabaran bermula seawal minggu pertama kelahiran MI...saya mengalami bengkak susu kerana puting yang merekah dan luka menghalang saya untuk menyusukan MI..rasa  sayang dan kasih terhadap MI menjadi sumber kekuatan saya untuk menghadapi cabaran itu. Alhamdulilah masalah puting luka telah sembuh dan MI dapat menyusu dengan mudahnya.

Cabaran tidak berhenti di situ. Menyedari tempoh cuti yang akan tiba ke penghujungnya,saya gigih menyimpan stok susu untuk MI. Namun begitu,kerana pengalaman pertama sebagai ibu menyebabkan saya stress tanpa disedari. Stress kerana stok susu yang masih sikit secara tidak langsung ia mempengaruhi penghasilan susu. Alhamdulilah,saya memang lama dah kenal Shaklee ni..dari kawan sekolah,Azrin Mohd...beliaulah yang membantu memperkenalkan set penyusuan Shaklee kepada saya. Pertama kali mengetahui tentang ESP,saya terus beli 2 canisters...hehe...walaupun tak pernah merasa ESP tetapi apabila melihat testimoni dari pelanggan Azrin membuatkan saya tidak ragu-ragu lagi. Masa tu niat memang untuk penyusuan dan menurunkan berat badan dalam masa yang sama. tetapi kesannya amat superb......lebih dari itu :)

                                                    * Credit kepada empunya gambar ni ye :)

ESP memang produk yang amat mengagumkan saya. Setelah mengamalkan ESP, penghasilan air susu jadi lebih pekat dan mengenyangkan MI. Alhamdulilah, MI adalah bayi yang tidak banyak ragamnya. Mungkin kerana penangan ESP menyebabkan MI lena tidur hingga ke pagi. Tersedar 2 kali saja pada waktu malam untuk menyusu. Saya pun berpeluang untuk berehat secukupnya. Selain itu, kesan ESP juga terlihat pada kulit MI. Kalau dulu ramai yang menegur warna kulit MI yang agak gelap berbanding mama dan babahnya. Sekarang tidak lagi :) MI sudah semakin cerah dan gebus!! Kesannya pada saya pulak adalah kesan hitam alahan mengandung sudah semakin cerah dan masalah jerawat serta kulit muka semakin baik. Walaupun menyusukan MI, jarang rasa lapar kalau dah minum ESP bancuh dengan air kosong. Alhamdulilah dapat menurunkan berat badan secara sihat dan tetap bertenaga.

Selain ESP, saya juga mengamalkan Ostematrix yang mengandungi kalsium dan vitamin yang diperlukan dalam pembentukan tulang dan mengukuhkan komposisi tulang. Amat penting bagi ibu menyusu kerana keperluan kalsium yang tinggi sekiranya tidak mencukupi boleh menyebabkan kita mengalami osteoporosis. Selain itu, ostematrix melancarkan sesi 'membuang'. Masalah sembelit bukan lagi menjadi rutin :)

Alfalfa ~ juga dikenali sebagai milk booster @ penggalak susu ibu. Selain itu, alfalfa juga membantu dalam masalah keputihan dan berfungsi sebagai kacip Fatimah moden. Sakit-sakit badan dan pinggang pun lega sejak mengamalkan alfalfa ni.

Vitamin kegemaran saya vitalea, b complex dan vitamin C. Vitalea adalah multivitamin yang membekalkan keperluan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita. B complex saya gelarkan vitamin penenang kerana sejak mengamalkan b complex, emosi saya menjadi semakin stabil dan PMS bukan lagi menjadi mimpi ngeri. Sekarang susah nak tengok saya naik angin kalau PMS. Kadang-kadang tak sedar pun dah period. Masalah senggugut pun hilang. Vitamin C adalah vitamin cantik :) dengan pengambilan yang konsisten, vitamin C akan dapat membantu kita mendapatkan kulit yang cerah dan cantik. Di samping itu, flu dan resdung pun semakin baik.

Bagi yang tengah hamil dan menunggu kelahiran bayi anda, boleh lah mula mengamalkan set ini sekarang (kecuali alfalfa kerana tidak digalakkan diambil oleh ibu mengandung~dibimbangkan boleh menyebabkan induce contraction). Hubungi Momma Mieya 010-5922567 untuk konsultasi dan mendapatkan set anda sekarang. In shaa Allah saya akan membantu anda memberi penyusuan eksklusif untuk si manja tersayang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan