Ahad, 17 November 2013

Kurus dan sihat dengan Shaklee

Secara puratanya, saya paling ramai ditanya tentang set kurus Shaklee. Terdapat banyak versi set kurus Shaklee namun set menurunkan berat yang paling glamer adalah set kurus bajet Shaklee. Jangan fikir set bajet ni tak berkesan. Telah ramai yang berjaya menurunkan berat badan dengan set kurus Shaklee ini.

Set kurus Shaklee yang paling bajet setakat ini adalah Alfalfa Complex dan Lecithin. Selain bajet, ia mudah untuk diambil dan yang penting selamat. Jangan kerana terlalu obses untuk kurus, kita mengambil jalan singkat dan murah dengan memakan produk yang tidak diketahui asal usulnya dan hanya berpegang kepada prinsip buatan Malaysia. Tersilap produk bukan hanya boleh mendatangkan penyakit lain dan mudarat namun boleh menyebabkan nyawa kita menjadi taruhan. Kalau untuk handbag dan baju kita sanggup berhabis duit, takkan lah untuk supplement kita nak berkira pulak. badan kita ni nak pakai lama. In shaa Allah.



Berbalik kepada set kurus bajet tadi, Lecithin ni tugasnya sebagai emulsifier atau penghancur lelemak yang bertenggek dalam badan kita ni. Alfalfa complex ini pulak fungsinya untuk sebagai pengangkut lemak yang telah dihancurkan oleh lecithin keluar dari badan kita. Jadi gabungan kedua-duanya memang akan menghasilkan kesan yang hebat.

Nak ambik set kurus ni ada pantang larangnya jugak. Bukan apa, nanti ada yang claim Shaklee ni tak berkesan. Sebab itu pentingnya mencari pengedar sah yang berilmu dan tahu apa yang dicadangkan kepada anda. Jangan cari pengedar yang Touch and Go je :) Pantang larangnya senang je.

  • Jangan lupa minum air kosong minima 2 liter sehari. Banyaknya? Memanglah...sebab air penting untuk melancarkan perjalanan supplement kita tu tadi ke arah fungsi yang sepatutnya. Jangan minum 2 liter tu sekaligus ye...nanti kembung akak tak tahu! Minum lah segelas air kosong setiap satu jam. Sedar tak sedar dah 2 liter :) kalau kurang nanti berat pun lambat nak turun.
  • Jangan abaikan aktiviti kecergasan. Rajinkan badan untuk bergerak atau berjalan dengan pantas. 
  • Jangan ambil mudah kuantiti makanan yang anda ambil. Supplement bukan ubat ajaib yang boleh menurunkan berat anda walaupun anda makan main bedal je. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Pilih makanan yang sihat seperti sayuran dan buahan. 
  • Jangan ambik makanan ringan dalam kuantiti yang banyak. Makanan ringan sangat tinggi kandungan garam, gula dan lemaknya namun amat rendah dan kadangkala tiada langsung khasiatnya. 
  • Jangan terlalu obses nak kurus. Baru sehari telan set kurus shaklee dah timbang berat. Lelemaks tu kita dah simpan berdekad dalam badan. Logik ke nak buang dalam sehari. Kalau ada produk macam tu, saya amat meragui keselamatannya!




Nak penjelasan lanjut? Jangan segan-segan hubungi saya. Nak tanya-tanya, kongsi pengalaman pun boleh :) 

Facebook ~ Mazuin Ahmad

Fanpage ~ Momma Mieya's

Sms/Whatsapp/Call ~ 010 5922567

Dengan pembelian set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee daripada saya, anda akan layak untuk mendapat ~

  • konsultasi percuma dan berterusan.
  • EBook untuk Diet Sihat

  • Keahlian percuma untuk menyertai Group Eksklusif Facebook saya


Saya Puan Mazuin Ahmad adalah pengedar sah Shaklee anda yang berada di Sri Aman Sarawak. Walk in dan COD sangat dialukan untuk kawasan Sri Aman dan sekitarnya.

Penghantaran secara poslaju/bas dan Gdex boleh dilakukan untuk seluruh Malaysia dan Brunei. In shaa Allah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan