Ahad, 8 Disember 2013

Kisah Seorang Guru menjadi Blogger untuk promote Bisnes Shaklee

Teringat kenangan setahun lalu bila saya langsung buta tentang blog. Betul kata orang, bila dah terdesak kita akan dapat melakukan apa saja. Saya mula aktif ber Shaklee sebaik sahaja habis berpantang Mieya Izzara. Alhamdulilah bayi saya tu sangat senang nak dijaga. Hampir setiap masa hanya tidur dan bangun sekejap untuk menyusu. Saya merebut peluang ini belajar berblog. Macam-macam cara saya cuba sekadar untuk membuka akaun di Blogger.  Betapa butanya saya ilmu blog. Alhamdulilah pada 12 Disember 2012 terhasillah blog saya.
Saya seorang isteri, ibu, guru Matematik sekolah rendah, pengedar sah Shaklee dan seorang blogger :) 
Cinta hati saya Mr Razis Jermi dan Miss Mieya Izzara yang kini berusia 15 bulan.
Ada yang tanya mengapa saya terbuka hati untuk menjadi pengedar Shaklee sedangkan sudah ada kerjaya tetap. Jawapannya adalah kerana minat yang mendalam terhadap dunia bisnes. Sejak dari kecil saya sudah menjadi sales girl untuk nasi lemak dan aiskrim emak saya. Apabila berada di universiti, saya bisnes produk kecantikan jugak. Pelanggan saya adalah kawan sama fakulti dan sama kolej kediaman. Alhamdulilah boleh menambah belanja saya seharian. Kesimpulannya saya sukakan duit kerana dengan duit saya boleh memudahkan hidup saya dan orang-orang yang saya sayang dan ambil berat. Namun saya tidak percaya dengan easy money kerana titik peluh itu lebih bermakna dan memberi kepuasan kepada diri saya.

Nak join keluarga Shaklee saya yang hebat dan produktif, hubungi saya sekarang!

Puan Mazuin Ahmad
ID 892182
0105922567
mazuinak@yahoo.com

Fanpage ~ Momma Mieya's


Tiada ulasan:

Catat Ulasan